Setelah GST diperkenalkan pada tahun 2015, rakyat mula rasa terbeban dengan harga barang yang mahal. Sebab itulah, ramai menantikan Malaysia dengan GST sifar yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Jun ini.
Selain dari GST sifar ada lagi berita baik untuk rakyat Malaysia. Menurut Malaysiakini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dah beri jaminan yang tidak akan ada kenaikan harga barang sebaik sahaja GST dimansuhkan pada awal bulan hadapan.
![mb2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/mb2.jpeg)
Bukan tu je, Azmin pun kata yang pihaknya akan buat pantauan melalui kementerian yang terlibat bagi memastikan usaha nak kurangkan beban rakyat melalui pemansuhan GST ni tercapai.
“Kementerian terbabit dengan kerjasama pihak Kastam akan pastikan penguatkuasaan akan ditingkatkan supaya tidak akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ambil kesempatan.”
Beliau juga turut mengingatkan bahawa tujuan utama HARAPAN menghapuskan GST sebab nak kurangkan kos sara hidup rakyat dan ianya akan dilaksanakan secepat mungkin dalam tempoh 100 hari seperti yang dijanjikan parti tersebut.
![mb3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/mb3.jpg)
Sementara itu, beliau yang ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama penduduk Gombak memberitahu kini sedang giat dapatkan maklumat dan mendengar taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkenaan rancangan di masa hadapan dalam pembangunan sosio ekonomi dalam negara.
“Pada ketika ini EPU dan pihak kementerian sedang siapkan midterm review yang akan dibentangkan pada September ini.”
Legalah sikit bila harga barang takde naik.
Baca: Selangor Akan Dapat MB Baru Lepas Raya