in

Peniaga Online Minta Pelanggan “PM untuk Harga” Akan Dihukum Penjara dan Denda

Pm Meh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda jenis yang rajin membeli-belah online, anda pasti sudah biasa dengan ayat, “PM untuk harga”.

Namun menurut NST baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga online yang tidak meletakkan harga barangan dan servis yang disediakan mereka, malah meminta pelanggan pula private message (PM) mereka untuk informasi lanjut.


Haa mesti akak-akak yang benci PM-PM ni lega dengar berita ni! 

Peniaga online yang terlibat ialah dari media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana kebanyakan urus niaga seperti ini dilakukan. Huu banyak tu rasanya yang masih guna teknik perniagaan macam ni! 

Pm Harga 2
sumber: facebook
Pm Harga
sumber: facebook

Berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999, peniaga diminta oleh undang-undang untuk memaparkan: 

  1. Jumlah harga penuh untuk barang dan servis yang ditawarkan, termasuklah cukai, kos penghantaran dan kos-kos lain 
  2. Nama pemilik yang melakukan perniagaan atau syarikat dan nama perniagaan
  3. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
  4. Alamat emel, nombor telefon atau alamat individu yang menjalankan perniagaan
  5. Penerangan tentang ciri-ciri utama barang atau servis yang disediakan
  6. Cara pembayaran
  7. Terma dan syarat
  8. Tempoh tarikh penghantaran

Jikalau peniaga online tidak mengikuti perkara yang dinyatakan di atas, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 ataupun penjara maksimum tiga tahun. Untuk sesetengah kes, peniaga juga boleh dikenakan hukuman kedua-duanya sekali.

Malah pihak penguatkuasa juga melaporkan, salah satu amaran kepada penjual online yang tidak bertanggungjawab adalah apabila mereka melihat pembeli yang berminat menulis mesej seperti “PM saya” di bahagian komen produk yang dijual.

Govt Takes Action Against Online Sellers Asking Customers To Pm Them For Pricing Details World Of Buzz
sumber: nst

“Kami akan menjalankan undang-undang ini untuk membolehkan penjual mengubah apa yang patut,” kata Datuk Roslan Mahayudin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK.

“Kami juga mahu pengguna dilindungi. Hak mereka mesti dijaga dan mereka harus diberi pilihan untuk membuat pembelian dengan detail yang cukup berkaitan harga, produk dan servis yang disediakan termasuklah caj tersembunyi, semuanya dihujung jari.”

“Jika seseorang itu menjual kucing, sebagai contoh, dia mestilah menyatakan harga berapa yang dia mahukan. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya berkata, ‘PM jikalau berminat’,” tambahnya lagi.

Jadi buat penjual dan pembeli online berhati-hatilah! Jikalau ada di antara penjual yang masih mengamalkan ‘PM untuk harga’ lebih baik hentikan. Tak pasal-pasal kena denda dan penjara pula nanti!

Baca: Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja

Gigi Palang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.