in

Peniaga ‘Naik Hantu’ Lepas Disuruh Alihkan ‘Food Truck’, Bertindak Gig*t Pegawai DBKL

syaz ft 2025 03 07T101947.378

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan agresif seorang peniaga wanita tular di media sosial apabila dia bertindak menyerang pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan reman dua hari sehingga Jumaat manakala tiga lelaki berusia 15 hingga 39 tahun itu direman tiga hari bermula Khamis.


Artikel berkaitan: Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib

Artikel berkaitan: Salah Laku Projek DBKL Afdlin Shauki: Laporan Siasatan Dalam Bakal Siap Minggu Depan – Menteri Wilayah

Difahamkan, pihak polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan.

Sulizmie Affendy berkata, kejadian pertama kira-kira pukul 11.30 pagi di Jalan Benteng, ia berlaku ketika pegawai DBKL mengalihkan food truck yang menghalang lorong.

@utusantvofficial

6 MAC 25: Dalam dua insiden berasingan semalam, dua anggota penguat kuasa DBKL telah dicederakan oleh penjaja tidak berlesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #DBKL #penjaja #bazarramadan

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Tindakan itu menurutnya, menyebabkan wanita pemilik food truck menghalang pengadu dan berlaku pergelutan.

“Akibatnya, pengadu mengalami kecederaan dan luka akibat digigit. Wanita terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, pada hari sama, kira-kira pukul 10.08 malam, polis menerima satu lagi laporan daripada pegawai penguat kuasa DBKL ketika membuat rondaan penjaja di sekitar Masjid India.

Katanya, ia membabitkan kekecohan membabitkan petugas DBKL dengan beberapa orang penjaja di hadapan suatu premis perniagaan di situ.

Beliau memberitahu, ketika melakukan penyuraian kekecohan, mereka dirempuh secara kasar dan menyebabkan pengadu jatuh.

“Berdasarkan pemeriksaan, salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan dadah,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.