Tanda tanya orang ramai apabila daging lembu yang dijualnya murah daripada peniaga yang lain terjawab apabila rahsianya terbongkar selepas ditangkap pihak berkuasa.
Hasan, 53, dari Kabupaten Jember, Jawa Timur ditangkap pihak berkuasa kerana menjual daging lembu yang dicampur dengan babi hutan di sebuah pasar di Jenggawah, daerah Ajung.
Selain Hasan, polis turut menangkap individu yang membekalkan daging babi hutan kepadanya, Abu Nimin, berusia 55 tahun. Menurut Ketua Polis Jenggawah, Udik Budiarso, pihaknya menyerbu kedai menjual daging berkenaan selepas menerima aduan daripada orang ramai.
“Kami mula menyiasat lelaki ini selepas orang ramai mengadu suspek menjual daging lembu yang harganya lebih murah berbanding peniaga lain,” kata Udik.
Menurut Nimin, dia mendapat daging babi hutan daripada orang lain pada harga 45,000 Rupiah per kilogram (RM14.99) sebelum menjualnya kepada Hasan pada harga 50,000 Rupiah per kilogram (RM16.66). Hasan kemudian mencampurkan 2-3 kilogram daging babi hutan itu dengan daging lembu dan dijual semula pada harga 90,000 hingga 100,000 Rupiah per kilogram (RM29.99 – RM33.32).
Hasan malah turut menggantung daging babi hutan di kedainya dan dijual sebagai daging lembu. Beliau turut mengaku sudah setahun menjual daging babi hutan dan membelinya dengan harga murah daripada Nimin.
Apabila disoal siasat, Hasan mengaku menjual daging lembu sepenuhnya sebelum ini namun kerana untung yang diterima sedikit, dia membuat keputusan untuk berbuat demikian.
“Harga daging lembu mahal jadi saya mengambil keputusan mencampur daging babi hutan kerana harganya lebih murah dan mendapat keuntungan berlipat ganda,” katanya.
Sebagai peniaga sudah biasa mereka mahukan keuntungan yang maksima kerana perlu menanggung segala kos yang ada. Namun, malangnya lelaki ini membuat tindakan yang salah dek kerana buta mata dengan keuntungan yang diterima. Harap harap dekat Malaysia takde macam ni…