in

Pengurus Kedai Runcit Dipecat Gara-gara Simb*h Air Panas Pada Anjing Liar

syaz ft 2025 03 10T103553.062

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah rangkaian kedai serbaneka difahamkan telah memecat salah seorang pengurusnya selepas video individu itu menyimbah air panas ke atas seekor anjing liar tular di media sosial.

Menurut aktivis haiwan, Siti Fauziah Jabbar, kejadian itu berlaku pada petang Jumaat di KK Super Mart, Jalan Besar, Menglembu, Ipoh.


Artikel berkaitan: Masih Belum Ditemui, Bomba Guna 2 Anjing K9 Kesan Kanak-kanak 19 Bulan Hilang

Artikel berkaitan: Lagi Kes Kejam Terhadap Haiwan, Anjing Dipercayai M*ti Akibat Dipanah

Video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial selepas dimuat naik semalam ke laman Fauziah Paws Care di Facebook serta Instagram Siti Fauziah.

Selepas video berkenaan tular, pihak KK Super Mart menerusi Facebook mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan difahamkan perkhidmatan pengurus kedai warga Bangladesh itu telah pun dihentikan.

“Kami sangat prihatin mengenai kejadian terbaru yang melibatkan kakitangan kami di KK SUPER MART Jalan Besar Menglembu, Perak, di mana berlaku tindakan kejam terhadap seekor haiwan di luar premis kami.

Kami menyedari insiden ini dan mengambil perkara ini dengan sangat serius,” tulisnya.

Difahamkan, selepas video berkenaan tular, Siti Fauziah pergi ke lokasi kejadian dan melaporkan kes tersebut selain membawa anjing malang itu ke sebuah klinik haiwan di Subang, Selangor untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.