in

Pengubat Rindu! Muka Iras Arwah Abang, Tekong Emas Negara Akhirnya ‘Contact’ Wanita Ini

Fi Takraw Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Katanya, dalam dunia ni kita ada 7 orang wajah iras dengan kita. Sama ada jumpa atau tak je. Mungkin ada yang masih hidup atau mungkin sudah tiada. 

Kalau ada rezeki jumpa, seronoklah! Lebih-lebih lagi kalau orang tu wajahnya iras dengan orang yang kita sayang…


Seperti perkongsian daripada saudari ini, wajah Tekong Emas Negara, Syahir Rosdi terlihat sangatlah mirip dengan wajah arwah abangnya.

@awishhhhhhhhhhh

Reply to @rizkilegacy sy da contact syahir petang smlm, insyaAllah esok jumaat kluarga sy vc dgn dia. terimakasih warga tt. doakn yg baik2 #foryoupage

♬ original sound – FahimiR – Fahimi

Pemergian arwah abangnya pada 7 September 2014 dahulu pasti sangat memberi kesan yang mendalam terhadap saudari ini sekeluarga. Tambah lagi apabila dia sebagai adik, sangatlah rapat dengan arwah abang.

Namun, seperti memberi sinar, pengubat kerinduan kepada mereka sekeluarga, perkongsiannya di laman TikTok itu telah mendapat perhatian Syahir!

“Hadiah paling bermakna untuk mama”- katanya

Melalui postingnya yang terkini di laman TikTok, Syahir telah meninggalkan komen di video sebelumnya lalu mereka mula contact di Whatsapp.

Lebih mengharukan apabila Tekong Emas Negara itu memanggilnya dengan panggilan ‘adik’ sepanjang dia dihubungi di Whatsapp.

Syahir turut memuat naik semula video TikTok tersebut di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Mereka juga ada berbincang untuk berjumpa dengan keluarga arwah jika ada kesempatan satu hari nanti.

Semoga ada hubungan keluarga yang baru akan terjalin lepasni…boleh lah juga buat lepas rindu.

Baca: [Video] Hebat! Aksi Lelaki Lembut Tangkas Melibas Masa Main Sepak Takraw Buat Ramai Ternganga

Baca Takraw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.