Korupsi adalah salah satu punca kepada kejatuhan sesebuah negara. Wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi.
Berlakon pengsan
Baru-baru ini, aksi menghiburkan seorang pegawai kerajaan Nigeria tular di media sosial apabila dia tiba-tiba sahaja tidak menyedarkan diri apabila ditanya mengenai dana yang hilang.
Daniel Pondei, pengarah urusan Pembangunan Delta Niger (NDDC) mengalami kesukaran untuk menjawab soalan di hadapan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ahli parlimen. Daniel dituduh menyalahgunakan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk pembangunan.

Nigerian official faked fainting when he was questioned about missing funds ??.
Cant wait to see what somalia officials will do once we start actively fighting corruption pic.twitter.com/ydtUrMPx6U— Faadumo Ali (@FaadumoAli11) July 1, 2022
Semasa disoal siasat, pegawai kerajaan itu pura-pura pengsan dan tidak menyedarkan diri, memaksa ahli jawatankuasa untuk menamatkan sesi tersebut lebih awal dari masa yang sepatutnya.
Penggubal undang-undang yang menyangka kejadian pengsan tersebut benar-benar terjadi, bergegas menyelamatkan Daniel dengan cuba menyedarkan dia daripada tidak menyedarkan diri.
Difahamkan, Daniel akhirnya diusung oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kredit: Kenyan Post
BACA: MP Bimbang Watak Tan Sri & Datuk Sri Dalam Drama TV Berimej Buruk, Terlibat Isu ‘Affair’ & Rasuah

