in

Pengsan Ketika Beri Taklimat Sukan Di Kolej, Seorang Pelajar Matriks Di Melaka Meninggal Dunia

pelajar matriks melaka meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengsan ketika sedang memberi taklimat sukan bola baling di kolej, seorang pelajar kolej matrikulasi di Melaka dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, Masjid Tanah yang berusia 19 tahun itu meninggal dunia sekitar jam 11 malam ketika dirawat di hospital berdekatan.


Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly sebelum meninggal dunia sedang memberi taklimat sukan bola baling di dewan terbuka kolej tersebut kepada peserta sekitar jam 9 malam.

Taklimat tersebut difahamkan diadakan antara ahli JPP dengan para peserta Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Melaka.

5 1

Artikel berkaitan: Selepas Pemergian Anak, Bapa Al-Fateh Tekad Pindah Ke Pangkuan Keluarga Setelah 14 Tahun Berjauhan

Artikel berkaitan: Bapa Bayi 8 Bulan Yang Maut Di Taska Dedah Pengasuh Bedung, Sumbat Botol Susu Dan Tekup Mangsa Dengan Bantal

Namun, mangsa tiba-tiba pengsan pada jam 9.30 malam dan beberapa pelajar lain termasuklah ahli Pertolongan Cemas St John Ambulance yang mahir tentang rawatan kecemasan terus memberikan bantuan pernafasan CPR kepada mangsa.

4 1

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk diberikan rawatan namun sekitar jam 11 malam, mangsa disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, untuk mengetahui punca kematian, jenazah mangsa akan dibedah siasat.

Pihak kolej juga akan menguruskan proses kebajikan dan pengebumian arwah di Petaling Jaya, Selangor nanti.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.