Dalam kegawatan ekonomi ini, tidak hairanlah ramai orang terpaksa mencari jalan untuk menampung perbelanjaan harian. Oleh sebab itu, ada segelintir daripada mereka mula berniaga walaupun keadaan diri sendiri tidak berapa mengizinkan.
Artikel berkaitan: Wanita Sanggup Buat 4 Kerja Bantu Suami Walaupun Hidap ‘Slip Disc’
Artikel berkaitan: Siang Kerja Korporat, Malam Meniaga Laksa, Kesungguhan Teman Lelaki Wanita Ini Dapat Pujian Netizen
Semalam, tular satu video seorang ibu mengandung berniaga nasi lemak RM1 di belakang keretanya seawal jam 7 pagi di sekitar LRT Puchong Prima. Ibu yang sarat mengandung itu membuktikan pengorbanannya sangat besar untuk mencari rezeki.
@
Dalam video lain di TikTok, setiap hari dia dapat menyiapkan 300 bungkus nasi lemak atas permintaan pelanggan. Akan tetapi oleh sebab perutnya yang semakin berat, pada pagi itu dia hanya mampu membuat 200 bungkus nasi lemak sahaja.
Hadapi beberapa kali contraction
Dia yang setia menunggu pelanggan sambil memegang perut itu juga mengalami beberapa kali contraction menyebabkan dia perlu duduk beberapa kali di dalam kereta untuk berehat seketika.
Adakalanya jika jualannya tidak habis dijual, dia akan sedekahkan semua nasi lemak itu kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Ibu muda ini ternyata membuatkan netizen sebak dan kagum akan pengorbanannya berniaga walaupun sedang sarat mengandung. Ramai memberikan semangat kepadanya di ruangan komen.
Besar pengorbanan ibu ni!
Sumber: TikTok