in

Pengkaji Cipta Mikrocip Yang Boleh Simpan Data Vaksinasi Covid-19, Hanya Sebesar Beras

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

DSruptive Subdermals, sebuah syarikat di Sweden telah berjaya mencipta mikrocip bersaiz sebutir beras untuk menyimpan data vaksinasi Covid-19. Difahamkan, mikrocip ini boleh ditanam dalam kulit manusia dan dicipta untuk memudahkan urusan harian.

Menurut sumber, mikrocip yang ditanam di lengan manusia itu juga mampu untuk menyimpan data passport dan digunakan untuk tujuan pembayaran tanpa tunai. Cip ini juga mampu menjadi pengenalan identiti seseorang.


6756983333 1A2D40E8Bf B

Difahamkan, kira-kira 6,000 orang di Sweden sudah menerima suntikan mikrocip ini pada lengan masing-masing. Berdasarkan maklum balas yang diterima, rata-rata bersetuju teknologi ini memudahkan urusan mereka.

Guna NFC

Jelas sumber, cip tersebut menggunakan protokol komunikasi medan dekat (NFC) dan memindahkan data melalui teknologi gelombang elektromagnet.

2700

Ketua pegawai pengedaran DSruptive Subdermals, Hannes Sjoblad berkata, teknologi ini serba boleh dan mampu digunakan untuk pelbagai perkara.

“Jika telefon anda kehabisan bateri, ia sentiasa boleh diakses. Jadi, itu cara kita guna teknologi hari ini dan kami sedang membangunkan keupayaan lain yang boleh dilakukan menerusi cip ini.

“Implan cip ini berharga 100 euro (RM477) bagi model yang canggih, masih murah jika dibandingkan dengan peranti kesihatan lain yang mungkin dua kali ganda harganya.

“Tambahan pula cip ini boleh digunakan sehingga 40 tahun berbanding peranti lain yang mungkin jangka hayatnya hanya antara tiga hingga empat tahun,” katanya.

Bukan guna untuk pantau pergerakan

Sambung beliau, teknologi ini bukan satu teknologi yang menakutkan seperti yang didakwa oleh orang ramai. Sebaliknya, ia hanya bertindak sebagai pengenalan identiti.

Sjoblad juga berkata, cip tersebut tidak mampu untuk mengeluarkan isyarat atau mendedahkan lokasi pemilik kerana ia tidak mempunyai bateri. Sebaliknya cip tersebut hanya boleh diaktifkan dengan menggunakan telefon pintar.

Untuk rekod, semua implan mikrocip ini dilakukan secara sukarela dan tidak dipaksa oleh syarikat tersebut.

Kredit: Berita Harian

BACA: MySejahtera Kini Boleh Kesan Kontak Rapat Covid-19 Dengan Update Terkini – KJ

2Kj

Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.