in

“Penghormatan terakhir” – Genap Sebulan, Anak Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Kembali Ke Lokasi Kejadian

Anak Mangsa Tanah Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dilihat kembali semula ke lokasi kejadian selepas genap sebulan ibunya dilaporkan hilang.

Menerusi video tular itu, kelihatan anak lelaki kepada wanita warganegara India, G Vijaya Lakshmi yang dilaporkan hilang pada Ogos lalu, Surya melawati ke lokasi kejadian dengan membawa seplastik kalungan bunga.


Dapat dilihat, Surya yang dalam kelihatan sugul memeriksa kalungan bunga dalam plastik sebelum dilemparkan ke lokasi mendapan yang belum dibaiki sepenuhnya selepas kejadian sebagai penghormatan terakhir.

Artikel berkaitan: Aktiviti Manusia, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Punca Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India – NRES

Artikel berkaitan: “Tolonglah bang, nak tengok muka ibu” – Keluarga Reda, Mahu Tatap Wajah Mangsa Tanah Jerlus Kali Terakhir

Difahamkan, video terbabit diambil pada 23 September 2024 iaitu selepas sebulan kejadian tanah jerlus berkenaan.

@sarvaessrashbinrajappa

♬ Sad violin – Katsuyuki Takahashi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakyat Malaysia meluahkan rasa sebak melihat perkongsian video tersebut.

Netizen turut mengucapkan takziah kepada anak mangsa tanah jerlus itu dan berharap mereka sekeluarga terus tabah dalam menghadapi ujian.

Screenshot 2024 09 27 105305 Screenshot 2024 09 27 105324

Pada 23 Ogos lalu wanita berusia 48 tahun berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India itu hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Sembilan hari kemudian, selepas mendapat pandangan daripada sudut pakar, kerajaan memutuskan untuk menamatkan SAR atas beberapa faktor termasuk isu keselamatan.

Keluarga mangsa diberi sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.