Tak dinafikan cabaran menjadi seorang penghantar makanan bukan sesenang yang disangka. Banyak pengalaman pahit manis yang telah dikongsi oleh ramai penghantar makanan sepanjang mereka berkhidmat.
Tidak lari juga seorang penghantar makanan ini yang lebih dikenali sebagai Khuzaimie, dia telah berkongsi pengalamannya di laman TikTok rasminya (@khuzaimie_lemat1.0) mengenai seorang wanita tua yang berbangsa cina cuba meminta pertolongannya pada waktu pagi.
‘Auntie’ sesat tak ingat jalan rumah
Wanita tua itu atau disebut ‘auntie’ di dalam video tersebut menahannya semasa dia sedang bergegas untuk memulakan pekerjaannya sebagai penghantar makanan di sebuah kawasan perumahan di Puchong, Selangor.
Lebih merumitkan lagi, wanita tua tersebut langsung tidak ingat alamat rumahnya dan membuatkan lelaki tersebut ‘geleng kepala’.
“Dia ingat nombor rumah dia je nombor 9”
Namun atas niat ingin membantu ‘auntie’ tersebut, Khuzaimie tetap berusaha mencari rumahnya dengan membawa ke sekitar kawasan perumahan tersebut.
Cari punya cari tetap tak jumpa. Akhirnya, lelaki tersebut membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
Polis mengesahkan identiti wanita tua dan hubungi waris
Penyelesaian akhirnya bertemu noktah, pihak polis berjaya mengesan auntie tersebut dan telah menghubungi waris untuk hadir ke balai polis untuk mengambilnya pulang ke rumah.
Khuzaimie turut menunggu auntie itu sehinggalah warisnya betul-betul sampai ke balai polis. Dia juga sempat berpesan kepada auntie tersebut supaya jangan keluar rumah dan berhati-hati sentiasa. Awh min terharu!
Menurutnya juga keluarga waris mengucapkan berulang-ulang terima kasih kepadanya kerana sanggup menolong ibunya walaupun telah mencuri masa pekerjaannya pada masa itu.
Netizen terharu dan salute dengan perbuatan rider tersebut!
Video tersebut mendapat lebih 400 ribu tontonan dalam kurang 5 jam dan netizen juga turut memuji tindakan lelaki tersebut kerana prihatin terhadap auntie tersebut. Ini baru betul 1 Malaysia!
Bagi min tidak kira la bangsa ataupun kaum apapun, kita seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap orang sekeliling kita kerana itulah kunci utama kita dalam mengekalkan identiti Malaysia sebagai negara yang harmoni dan damai. Salute!
Baca: [VIDEO] Didakwa Belasah Rider, Dua Individu Bergaduh Tepi Jalan Berdepan Penjara Setahun