in

Penggunaan Katil Hospital Kini Di Tahap 70.6%, Kemasukan Pula Meningkat Dari Minggu Lepas

collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, katil ICU di hospital Sungai Buloh kini telah pun mencecah ke 96% kerana ia merupakan satu-satunya hospital yang berstatus “full Covid-19” di Selangor.

Kadar penggunaan katil di hospital

bhrujuj17 o BHfield image listing featured.var 1621225749

Memetik laporan dari NST, menerusi data yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman web CovidNow pula, kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara sehingga semalam adalah pada 70.6%.


Mengikut pecahan, empat negeri telah mencatat peratusan melebihi 80% kadar penggunaan katil iaitu, Melaka (86%), Kelantan (84%), Labuan (83.6%) dan Terengganu (80%) sementara Lembah Klang pula sebanyak 63.9 peratus.

Sejak tujuh hari yang lalu, purata kemasukan ke hospital yang direkodkan adalah sebanyak 1,232 pesakit, meningkat tiga peratus dibandingkan dengan minggu lepas.

Manakala kadar penggunaan katil di ICU pula, Putrajaya mempunyai peratus tertinggi iaitu sebanyak 90%, diikuti Selangor (83.2%) dan Kuala Lumpur (82.1%).

Keseluruhannya, sebanyak 62.3% katil ICU kini sedang digunakan di seluruh negara sementara kadar alat bantuan pernafasan berada pada 38.2%.

Kematian akibat Covid-19

SLG Jenazah Covid009 scaled 1

Setakat hari Khamis, Malaysia telah melaporkan sebanyak 55 kematian akibat Covid-19 termasuk sembilan kes brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat ke 29,892.

Sarawak melaporkan angka tertinggi sebanyak 10 kematian, diikuti Terengganu (8), Kedah (7), Kelantan & Selangor (6), Johor (5), Perak (4), Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (2) dan Pahang, Perlis dan Sabah (1).

Manakala kes BID pula, lima kematian di Sarawak dan satu di Kelantan, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

 

Baca: Pengarah Kesihatan Sahkan Penggunaan Katil ICU Di Hospital Sungai Buloh Cecah 96%

page 16

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.