in

Pengguna Yang Basuh Baju Sebelah Malam Bakal Terima Wang Tunai RM500 Dari Pembekal Elektrik UK

3baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa pembekal elektrik United Kingdom akan mula membayar pelanggan sehingga £100 (bersamaan kira-kira RM500) pada musim sejuk ini untuk mencuci pada waktu malam.

Isi rumah akan berpeluang untuk mendapatkan sedikit wang jika mereka mematikan peralatan elektrik pada waktu puncak. Peluang ini terbuka kepada pengguna selepas badan yang mengawal selia bekalan tenaga United Kingdom, National Grid, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya blackout pada musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.


Screenshot 2022 10 29 at 4.36.59 PM
Gambar Hiasan

Menurut laporan Lad Bible, National Grid memberi amaran tentang pemadaman antara 4 petang dan 7 malam dalam beberapa bulan akan datang. Blackout berjadual ini terpaksa dilakukan kerana syarikat bekalan elektrik kekurangan sumber gas untuk menjana elektrik kepada seluruh penduduk di United Kingdom

Bagi mengelakkan huru-hara yang akan berlaku, Grid Nasional telah melancarkan Skim Fleksibiliti Permintaan bagi mengalakkan pengguna untuk mendaftar dengan pembekal tenaga mereka untuk menuntut wang kembali pada bil mereka.

Screenshot 2022 10 29 at 4.37.50 PM
Gambar Hiasan

Jika pelanggan mengurangkan penggunaan mereka kepada kurang daripada 12.5% dalam waktu yang dipilih antara November dan Mac, mereka akan diberikan £20 ke £100 (bersamaan kira-kira RM100 ke RM500) sehari semasa skim tersebut.

Walau bagaimanapun, skim ini hanya terpakai untuk pengguna yang mempunyai meter pintar yang berfungsi. Hal ini menyebabkan jutaan penduduk UK tidak dapat memanfaatkan manfaat tunai ini.

 

Baca: Syarikat Jepun Cipta ‘Mesin Basuh’ Untuk Manusia, Bakal Dipasarkan Mulai 2025

1jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.