in

Pengguna ‘Verified’ Twitter Bakal Dikenakan Caj Bulanan Mulai November Ini

ft elon musk twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas memiliki Twitter, Elon Musk telah memberikan peringatan kepada pekerja yang terlibat dimana mereka harus memperkenalkan fungsi pengesahan secara berbayar di Twitter atau dipecat jika tidak dilakukan sebelum deadline yang diberikan, lapor The Verge.

Ciri baru itu perlu dilancarkan 7 November ini dan arahan itu adalah untuk memperkenalkan Twitter Blue, satu langganan pilihan yang disediakan oleh syarikat tersebut. Jika langganan premium sekarang adalah sebanyak $4.99 (RM23.59) sebulan dengan ciri tambahan, langganan terbaru ini katanya akan menjadi lebih mahal.


Screenshot 2022 11 01 115922

Twitter sedang merancang untuk mengenakan bayaran $19.99 (RM94.84) untuk langganan Twitter Blue baharu. Di bawah pelan ini, pengguna yang ada ‘verified’ diberikan tempoh 90 hari untuk melanggan atau kehilangan tanda biru itu di akaun mereka.

Screenshot 2022 11 01 115718

Sebelum ini Musk telah membuatkan penjelasan bahawa mahu membuat rombakan sebelum mengambil alih Twitter . Antara rombakan yang dia telah lakukan adalah dengan menukar halaman utamanya untuk pengguna log keluar.

Dengan bantuan jurutera Tesla yang dibawanya ke Twitter sebagai penasihat, dia juga merancang untuk memberhentikan pekerja secara beramai-ramai terutamanya pengurus dan jurutera yang tidak menyumbang kepada kod asas. 

Pembuangan pekerja itu dijangka bermula minggu ini, dikatakan pengurusan sudah membuat senarai pekerja tersebut. Malah, dilaporkan pekerja yang ditugaskan untuk melaksanakan projek Musk sejak dia ambil alih syarikat itu telah bekerja hingga lewat malam dan pada hujung minggu.

Baca : “Belilah ‘perfume’ saya, supaya saya boleh beli Twitter” – Elon Musk

elon musk jual perfume 1

Sumber: Sky News
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.