Setuju tak kalau admin cakap yang orang sekarang tak perlu tergesa-gesa nak miliki kereta sebab sistem e-hailing macam Grab sudah cukup untuk melengkapi kehidupan korang seharian?
Nak pergi kerja? Nak pergi universiti? Nak pergi shopping? Naik saja Grab! Tapi ramai yang merungut kata aplikasi ni ada banyak kekurangan itu dan ini. Eh! Sebelum makcik bawang nak kecam, tunggu dulu! Entah-entah korang sebenarnya tak tahu features tersebut memang dah ada dalam apps Grab selama ini! Whaaat!
Nah, admin senaraikan 7 features terbaru yang korang mungkin tak tahu wujud dalam aplikasi Grab. Admin paling suka nombor 4!
1. Nombor telefon korang dilindungi!
Nak hubungi pemandu Grab tapi takut dia orang tahu nombor telefon korang? Don’t worry! Grab kini ada feature baru yang membolehkan korang call pemandu melalui aplikasi tanpa memaparkan nombor peribadi korang untuk melindungi privasi. So jangan takut-takut nak call driver Grab ye kalau ada sebarang masalah.
2. Insuran kemalangan peribadi
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa perjalanan korang bersama Grab sentiasa dilindungi dengan Insuran Kemalangan Diri daripada perkhidmatan e-hailing ini secara free. Kalau ada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan tersebut, korang boleh je buat tuntutan insuran dengan hantarkan borang ke Pusat Bantuan (Help Centre) Grab. Help Centre terdapat di dalam aplikasi Grab ataupun di laman web.
Untuk info lanjut tentang insuran, klik sini.
3. Butang kecemasan ditambah baik
Ada perkara emergency tiba-tiba berlaku semasa menaiki Grab? Cepat-cepat buka app Grab dan tekan butang ‘Emergency’ yang akan terus dail 999 ke telefon anda. Panggilan kecemasan ini selain daripada menghubungi polis, korang juga boleh menambah hingga 3 nombor kecemasan yang akan memaklumkan lokasi LIVE korang. Perkara ni banyak membantu sebab masa tengah panik kadang-kadang kita pun tak tahu apa yang kita nak message.
4. Boleh tukar destinasi ketika dalam perjalanan
Fuh dalam banyak-banyak features, ini antara features yang buat admin teruja. Grab kini memberikan korang pilihan untuk ubah destinasi atau tempat yang diturunkan ketika masih dalam perjalanan. For sure, tambang juga akan dikemaskini dengan mengambil kira jarak yang korang telah lalui.
5. GrabChat mesej bergambar
Pening driver Grab melilau cari korang tak jumpa-jumpa? Haa sekarang korang tak payah nak pening kepala lagi, share saja gambar lokasi di mana korang berada supaya pemandu tahu lokasi sebenar korang!
6. Pilihan lokasi pick up dan drop off yang sentiasa ditambah dan dikemaskini
Kadang-kadang di satu tempat tu ada banyak pintu masuk dan korang boleh jadi confused nak beritahu driver Grab kat mana tempat yang sesuai untuk dia orang pick-up. Tapi sekarang korang tak payah risau dah, sebab Grab dah menambah lebih kurang 4 juta pick up point untuk dipilih kat serata Asia Tenggara. Jadi, lain kali kalau korang book Grab, pilihlah dari salah satu recommended entrance dan pick up points yang banyak-banyak tu, senang kan.
7. Boleh batal tempahan Grab pada bila-bila masa
Tiba-tiba ubah fikiran dan rasa macam nak cancel booking? Sekarang, korang boleh je cancel booking tersebut sebelum mendapat pemandu dan tak perlu tunggu sampai dapat pemandu lepas tu baru nak cancel booking. Cara ini akan menjimat masa korang dan elakkan sebarang masalah kepada pemandu juga. Fuh ini sudah bagus ni…
So amacam? Sebenarnya banyak features aplikasi Grab ada tapi mungkin kita tak tahu dan tak guna, kan? Apa-apapun, kita boleh nampak usaha Grab untuk sentiasa cuba memperbaharui servis yang diberikan untuk penumpang supaya perjalanan anda bersama Grab sentiasa rasa terjamin dan selesa!
Baru best nak guna Grab!