in

Pengguna Lebuh Raya Bakal Nikmati Tol Percuma Sempena Krismas Pada 23 Dan 24 Disember

Tol Percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti perayaan-perayaan lain di Malaysia, tol percuma bakal diberikan kepada pengguna lebuh raya pada 23 dan 24 Disember ini bersempena dengan perayaan Krismas yang akan tiba beberapa hari lagi.

Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi iaitu Menteri Kerja Raya mengatakan tol percuma itu diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan Kelas 1 sahaja.


Difahamkan juga, pengecualian bayaran tol pada kedua-dua hari itu terpakai untuk semua plaza tol  kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang, dan Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Darul Takzim kerana plaza tol itu berada di sempadan negara.

4 3
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Kompang, tarian singa, gendang” – Pengantin Melayu Bersanding, Meriah Dengan Sambutan Dari 3 Bangsa

Artikel berkaitan: Pukulan Gendang India Sambut Hari Jadi Rakan Bikin Netizen Terhibur

Pengecualian tol itu juga akan dilaksanakan bermula pada 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Disember) hingga 11.59 malam Selasa 24 Disember.

3 2
Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan juga, kerajaan akan menanggung bayaran tol yang dianggarkan berjumlah RM38 juta.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.