Tular beberapa video sejak semalam yang memaparkan kesesakan di kaunter tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang menyebabkan beberapa pengguna terlepas bas.
Difahamkan, orang ramai yang berada dalam kesesakan tersebut merupakan pembeli tiket bas menerusi aplikasi pihak ketiga dalam talian dan perlu menebus pas pelepasan di kaunter tiket. Keadaan sesak itu juga berpunca dengan penutupan beberapa kaunter di situ.
Rata-rata netizen yang melihat situasi tersebut berpandangan bahawa pihak TBS sudah sepatutnya perlu menaik taraf sistem dalam talian mereka bagi mengelakkan masalah seperti itu berlaku terutamanya pada musim perayaan.
@idaizwani TBS 9am 1/5/23. Punya la sesak nak amik boarding pass utk yg dh beli tiket online. Ramai yg nak balik asrama terlepas bas? #tbs #terminalbasbandartasikselatan #tbskl #raya2023
Bukan itu sahaja, isu tersebut telah membuka ruang kepada pengguna lain mengadu mengenai fasiliti di TBS. Seorang pengguna Twitter, @fathin_amelina mempersoalkan kawasan berlepas dan ketibaan berada di tempat yang sama sehingga membuatkan kawasan di situ sesak.
“Saya hairan, idea siapalah letak departure & arrival hall kat tempat yang sama di TBS ni? Traffic jam teruk dibuatnya, grab driver pun ramai tak sanggup nak ambil job waktu macam ni,” ciapnya sambil memuat naik foto suasana sesak di situ.
Menerusi hantaran yang sama, Fathin juga mendakwa hanya satu lif sahaja yang berfungsi dan boleh memuatkan tiga hingga empat orang sahaja dalam satu masa.
Tambahnya, kemudahan eskalator tidak begitu mesra pengguna apabila hanya berfungsi untuk naik sahaja.
Lepas hadap 12 jam perjalanan dari Perlis ke TBS guna bas, kena hadap fasiliti TBS yg brmasalah pula.
Saya hairan, idea siapalah letak departure & arrival hall kat tempat yg sama di TBS ni?
Traffic jam teruk dibuatnya, grab driver pun ramai tak sanggup nk ambil job waktu mcmni pic.twitter.com/yGjPCJZlIC
— Fathin Amelina ?? (@fathin_amelina) May 1, 2023
Kata seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith, ramai yang mula merokok di merata-rata tempat disebabkan bilik merokok sudah ditutup oleh KKM dan tiada penguatkuasaan merokok dekat kawasan sekitar.
Malah, pemandu-pemandu teksi di situ enggan menggunakan meter dengan menetapkan harga tertentu untuk setiap destinasi.
4) Bilik merokok dah ditutup KKM tspi tiada penguatkuasaan larangan merokok dekat kawasan sekitar.Bersepah-sepah orang merokok sambil buang puntung merata depan pintu masuk C tu.
5) HARGA MAKANAN DEKAT BALAI PERLEPASAN MAHAL NAK MAMPUS.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) May 1, 2023
Melihat isu yang tidak pernah selesai ini, ramai menyeru Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tampil mengambil perhatian dan tindakan terhadap isu fasiliti di TBS untuk kemudahan pengguna.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat perlu segerakan pembukaan Terminal Bersepadu Gombak bagi mengurakan kesesakan di TBS.
Cuba korang kongsikan dengan kami jika pernah mengalami pengalaman yang sama seperti ini.
Baca: “Rasa susah jadi orang Sabah di Semenanjung” – [VIDEO] Wanita Menangis Tiket Flight Terlampau Mahal