in

Penggiliran Yang di-Pertuan Agong: Apa Korang Perlu Tahu Tentang Sistem Diraja Malaysia Yang Dianggap Paling Unik Di Dunia!

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menggantikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.


Disebabkan ini, hujung minggu lalu Sultan Ibrahim telah bertitah bahawa baginda tidak akan menerima permohonan menghadap sehingga ditabalkan bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawabnya sebagai Yang di-Pertuan Agong nanti.

90527189 Sultan Ibrahim Ismail

Kalau korang nak tahu, sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong yang diadakan setiap lima tahun ini dianggap unik kerana kita merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran diraja.

Jadi, pada artikel kali ini korang boleh tahu semua benda tentang sistem penggiliran ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang bakal berlaku tak lama lagi.

Artikel berkaitan: “Sporting betul Agong kita” – Gelagat Hos Youtube Jacky TV Di Pesta Kuantan 188 Tarik Perhatian YDPA

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Netizen Salute Dengan Sikap Mesra Rakyat Agong Tengok Baginda ‘Payung’ Lagu Jiwang

Bagaimana sultan dipilih untuk menjadi YDPA?

1.5 246

Korang semua tahu yang dekat Malaysia ni kita ada seramai sembilan keluarga diraja di mana sembilan sultannya akan mengambil giliran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong iaitu ketua negara selama lima tahun.

Sebelum ini, selepas Malaysia mendapat kemerdekaan dari penjajahan British pada 1957, urutan penggiliran Yang di-Pertuan Agong telah dibuat mengikut tempoh pemerintahan seseorang sultan. Namun begitu, cara ini telah ditukar selepas kesemua keluarga diraja ini telah melengkapkan tempoh mereka dengan mengikut siapa yang menjadi Agong pertama hingga seterusnya.

Namun begitu, penggiliran ini masih tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia di mana Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja akan diadakan di mana setiap sultan perlu memberitahu sama ada mereka percaya sultan yang dicalonkan sesuai atau tidak untuk dilantik menjadi Agong dan perlu mendapatkan keputusan majoriti.

Sejurus selepas keputusan dibuat, kertas undian akan dihapuskan di hadapan Majlis Raja-Raja.

Kalau korang nak tahu, sistem penggiliran terbaru ini telah pun memasuki dua pusingan di mana pusingan ketiga akan bermula selepas Sultan Perak menggantikan Sultan Johor lima tahun lagi.

Fun fact, Sultan Kedah iaitu Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan satu-satunya sultan yang telah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Peranan YDPA

Perlembagaan Persekutan telah menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan juga turut memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya, diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

Agong turut berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda tersendiri serta negeri tanpa raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Selain itu, baginda juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Antara peranan penting Yang di-Pertuan Agong yang lain dalam kerajaan termasuk:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Namun begitu, beberapa perkara yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini telah memaksa Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan kuasanya di mana Al-Sultan Abdullah telah memilih seramai tiga perdana menteri sepanjang pemerintahannya.

Pada 2020, apabila perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, YDPA telah berjumpa dengan kesemua 222 ahli parlimen untuk memutuskan siapa di antara mereka boleh mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan seterusnya sebelum melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri seterusnya.

Pada 2021 pula, Muhyiddin telah kehilangan majoriti sehingga Agong memilih Dato’ Sri Ismail Sabri selepas proses yang sama dijalankan.

Manakala pada 2022 pula, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai perdana menteri selepas Pilihanraya Umum berakhir dengan parlimen tergantung.

Sumber: Reuters, Parlimen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.