in

Pengetua Sekolah Gelar Ain ‘Anak Setan’, Tapi Ada Yang Kata Anak Autisme Yang Komen?

Cover 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, kecoh apabila seorang guru di Malaysia dilaporkan membuat jenaka berkaitan rogol dan seks semasa di dalam kelas bersama anak muridnya.

Ekoran itu, pelajar Ain Husniza telah membuat satu pendedahan secara umum dan telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuk media antarabangsa seperti Reuters.


59C2C191 86Fb 439D A083 E61Aa4068C52 Bee5F969

Digelar ‘anak setan pakai tudung’

Meskipun tindakan Ain ini murni, masih ada yang masih mengecam dan kurang senang dengan impak yang diberikan pelajar ini.

Baru-baru ini, ayah Ain, Saiful Nizam ada mendedahkan beberapa gambar tangkap layar berkenaan kecaman yang mereka sekeluarga terima.

“Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya?”, ujar Saiful Nizam dalam satu hantaran. 

1 7

Komen itu diberikan oleh seorang wanita dalam salah satu hantaran Saiful Nizam.

Pengetua sekolah?

Namun, pendedahan daripada ayah Ain mendapati wanita tersebut bekerja di sekolah anaknya sendiri. Sekolah di mana Ain menerima jenaka rogol daripada seorang guru dan ugutan rogol daripada pelajar lelaki.

2 4

Lebih mengejutkan, Saiful Nizam turut mendedahkan wanita tersebut sebenarnya ialah pengetua sekolah anaknya. Menimbulkan persoalan ramai, bukankah pengetua sepatutnya melindungi anak murid sendiri?

3 2

Ain kecewa dengan apa yang terjadi

Dalam satu ciapan di Twitter, Ain jelas kecewa digelar dengan gelaran sebegitu oleh salah seorang guru di sekolahnya.

“Anggap cikgu macam ibu bapa kedua”

Rentetan isu ‘anak setan’ ini, Ain meluahkan perasaannya dalam satu ciapan di Twitter.

Terang Ain, dia sayangkan sekolah ini dah mahu melindunginya daripada perkara buruk. Malah, dia sempat terkenang di saat gurunya menghantar Ain pulang apabila dia terlepas bas sekolah.

“Bukan ke cikgu ajar kami KBAT? Luahkan pendapat dan pemikiran kami. Saya hanya buat apa yang cikgu ajar”, luah Ain kekecewaan.

Sambung Ain, guru yang membuat jenaka rogol dan pelajar lelaki yang membuat ugutan rogol masih tidak dikenakan apa-apa tindakan. Namun, dia pula hampir dibuang sekolah.

“Ini akan hancurkan hidup saya”

Dapat perhatian Syed Saddiq

Isu ini turut mendapat perhatian Syed Saddiq yang secara jelas memberikan solidariti buat Ain. 

Anak autisme pengetua yang komen?

Bagaimanapun, ada sisi lain pula yang didedahkan oleh seorang netizen berkenaan komen ‘anak setan’ tersebut.

Ada yang mendedahkan, sebenarnya guru berkenaan berkongsi akaun Facebook bersama anaknya yang menghidapi autisme. Komen tersebut ditulis oleh anaknya tanpa pengetahuan ibunya.

A 1

Sambung individu itu, anak autisme itu berumur 25 tahun dan boleh membaca serta menulis dengan baik. Dia juga menjelaskan guru tersebut merupakan seorang yang baik dan tidak akan memberikan komen sedemikian rupa.

“Kami kenal dia, dia takkan tulis komen macam ni”, ujar seorang netizen.

B 1

Dalam satu pendedahan lain pula, ada juga yang mengatakan guru tersebut baru sahaja kematian suaminya pada 3 minggu lalu, dan kini sedang menjalani rawatan barah kanser. Jadi sedikit sebanyak memberi kesan emosi.

C 1

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. #MakeSchoolASaferPlace

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: “Mungkin gurauan rakan sedarjah” – Kenyataan Timbalan IGP Isu Ugutan Rogol Pelajar Dikecam Netizen

Capture 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.