in

Pengetua Sekolah Didakwa, Lakukan Komunikasi L*cah Dengan Pelajar Perempuan 16 Tahun

Ft Pengetua Sekolah Didakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah terkenal di Marang, Terenggau dihadapkan atas 2 pertuduhan melakukan komunikasi lucah dan amang seksual secara bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya pada 5 bulan lalu.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret dan pelaku, Mohd. Tajudin Mokhtar, 59 membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua tuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.


Artikel berkaitan : Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak

Artikel berkaitan : “Baru kenal 2 hari” – Anggota Polis Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan komunikasi lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 5 bulan. Dalam pertuduhan ini, Mohd. Tajudian didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun.

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menunjukkan gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa sama di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Whatsapp Image 2024 12 19 At 14.55.39 E1734593686806

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Susulan itu, mahkamah telah menetapkan Mohd Tajudin dibenarkan bebas dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd. Razak manakala Mohd. Tajudin pula diwakili Abdul Haiyyi Salim.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.