in

Pengawal Keselamatan Temui Wang Tunai RM500,000 Dalam Beg Terima Penghargaan Dari Majikan

Pengawal Keselamatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, tular satu berita dimana seorang pengawal keselamatan telah menemui sebuah beg berisi wang tunai di Damansara. Beg berwarna merah jambu itu mempunyai kandaungan wang tunai berjumlah RM500,000 seperti yang dimaklumkan kepada umum oleh pihak polis.

Terkini, pengawal keselamatan yang menemui beg itu, Sherpa Dawa telah menerima penghargaan dari majikannya, A5 Security Service. Anugerah penghargaan itu telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas oleh Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant di ibu pejabat syarikat itu.


Pengawal Keselamatan

Artikel berkaitan: Pengawal Keselamatan Selamatkan Gadis Terjun Bangunan, Namun Dipersalahkan Keluarga Mangsa

Artikel berkaitan:  “Berwarna merah jambu & putih” – Polis Cari Individu Tertinggal Bagasi Berisi RM500,000

Memetik laporan Sinar Harian, Hardeep berkata pihak syarikat amat berbangga dengan kejujuran yang ditunjukkan Dawa ketika menjalankan tugas.

Dia menemui beg berisi wang yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan segera melaporkannya. Ini menunjukkan rasa tanggungjawab dan integriti yang sebenar. “

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menerima laporan daripada pihak pengawal keselamatan berkenaan pada jam 8 pagi Khamis lalu.

Menurut beliau, pemeriksaan pada beg bagasi warna merah jambu dan putih bersaiz sederhana itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.