Sedih mengenangkan masih ramai yang menilai dan memberi layanan mengikut status seseorang, lebih lebih lagi layanan yang diberikan kepada golongan gelandangan.
Seorang netizen dari Filipina bernama Vilma, telah memuat naik satu kisah yang membuat hati semua orang berkecamuk.
Lelaki itu telah menjadi saksi kejadian di mana seorang pengemis tidak dibenarkan masuk ke sebuah restoran makanan segera. Apa yang menyentuh hati ramai sebenarnya adalah kerana individu itu merupakan golongan kurang upaya!
“Saya berasa sangat sedih dengan lelaki ini yang hanya mahu mendapatkan sarapan dari McDonalds. Pengawal itu tidak membenarkannya masuk selepas melihat dia adalah pengemis yang cacat.”
Pengemis itu kemudian menuding jari ke arah kaunter sambil cuba menerangkan bahawa dia bukanlah datang untuk mengemis tetapi hanya mahu membeli makanan untuk dirinya. Bagaimanapun, pengawal itu masih tidak membenarkannya masuk meskipun sudah memberi penjelasan sebegitu.
Vilma terus memerhatikan apa yang terjadi di depan matanya itu dan berkata,
“Pengawal itu malah cuba menggunakan isyarat tangan seolah-olah mahu memukulnya dan berkata bahawa pengemis tersebut adalah penagih. Lelaki itu akhirnya berputus asa dan pergi.”
“Saya cuba mendekati lelaki itu untuk menghulurkan bantuan mendapatkan makanan dari dalam (restoran) namun pengemis itu sudah pun melintasi jalan. Saya kejar dan membuat pusingan U. Ketika sudah mula menghampirinya, lelaki itu memasuki Jollibee dan saya perhatikan….”
Namun kali ini dia terkejut melihat pekerja di Jollibee lebih mengalu-alukannya. Mereka bukan sahaja tidak menghalaunya keluar dari restoran, mereka juga turut menyiapkan pesanannya.
Mereka malah membantunya mengira wang yang dibawa lelaki itu (duit kecil dalam jumlah yang banyak).”
Kisah menyentuh hati dimuat naik oleh Vilma itu menarik perhatian ramai sehingga mendapat 71ribu perkongsian dan 5.7juta tontonan hanya dalam masa satu hari!
Netizen kongsi rasa lega mereka apabila lelaki berkenaan akhirnya dapat menikmati makanan, ada juga yang berkata insiden itu adalah peringatan untuk setiap orang supaya tidak menilai seseorang dari segi luaran sahaja.
“Berbaloi kongsi kisah ini. Kita tidak harus menjadi seseorang yang suka menilai orang lain, lagipun kita semua berkongsi planet yang sama!” komen seorang netizen.
Baca: Netizen Buat Keputusan Bantu Gelandangan Selepas Mereka Dihalau dan Barangan Dibakar