in

Pengarah Puji Kazar Kekal Profesional Semasa Bekerja, Tak Terganggu Dengan Kontroversi

ft kazar profesional

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang tahu mengenai kes yang melibatkan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, iaitu Ira Kazar yang masih lagi menjadi bualan hangat warganet.

Selain Ira, bapanya, Kazar turut terpalit dengan kontroversi anaknya, bagaimanapun dia memilih untuk kekal profesional dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon di set penggambaran.


irakaza 185813154 320560746150601 6588753189814983838 n

Penerbit dan pengarah, Shuhaimi Lua sendiri memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh pelakon berusia 63 tahun itu dan menganggap itu adalah pembawaan positif seseorang yang boleh membezakan antara soal kerjaya dan peribadi.

Menurut Shuhaimi, meskipun nama Kazar terpalit kepada konflik yang dilalui anak perempuannya dan menantunya, Syamsul Yusof itu langsung tidak menjejaskan prestasi lakonannya ketika bekerja.

“Sebenarnya abang Kazar ni dia seorang yang tenang bila berada di set penggambaran, dia okay saja, happy, malah dapat laksanakan tanggungjawab lakonan dengan sempurna.”

Tambahnya, Kazar kekal bersikap positif dan tenang ketika berada di set penggambaran dan dia sebagai pengarah amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pelakon tersebut.

lua

“Kazar ni dia orang lama jadi sangat profesional, segala masalah dia tolak tepi dan apabila saya berbincang dan beri arahan, dia terima dengan baik.” 

Dalam pada masa yang sama, dia menegaskan bahawa Kazar hanya mahu mencari rezeki sehinggakan dia sanggup menolak tepi segala masalah yang ada dan ia memuji tindakan profesional itu.

“Pelakon veteran ini mereka cuma cari rezeki, itu sebab mereka sangat profesional dan tolak tepi segala masalah, itu yang saya puji mereka,” jelas Shuhaimi.

Sikap profesional macam ni patut dicontohi oleh semua…

Sumber : mStar

Baca : Kazar & Anak Berdepan Saman Sebab Langgar Arahan Mahkamah

ft ira kazar berdepan dengan saman 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.