Hari yang patut diraikan dengan penuh kegembiraan menjadi hambar apabila tiba-tiba terjadi satu perkara yang tak diingini.
Namun begitu, memandangkan segala persiapan dah dibuat, dan majlis perkahwinan pun dah berlangsung separuh jalan, kenalah teruskan.
Makeup sambil tertidur, pakai water drip
Satu kejadian dalam sebuah majlis perkahwinan di negara jiran berlaku apabila seorang jurusolek Yunita Nur Wijayant menerusi TikTok miliknya kongsikan yang dia terpaksa solek pengantin dalam keadaan tidur akibat pengsan secara tiba-tiba ketika majlis.
Menurutnya, pengantin wanita itu telah dirasuk dan dia terpaksa ditidurkan. Namun begitu, Yunita terpaksa menjalankan kerjanya memandangkan pengantin lelaki sudah sampai.
“Pengantin pengsan terus, kena rasuk dan kerasukan tu pindah ke yang lain, Terpaksa sambil tidur kena make up dan dalam masa yang sama kena masukkan water drip.”
@yunitanurwijayant Pengantin pinsan terus, kesurupan, mana kesurupannya pindah ke yg lain. Terpaksa Lg tidur di mekapin sambil di infus #viral #fyp #MUAVIRAL
Walaubagaimanapun, pengantin wanita itu akhirnya sedarkan diri, namun dia perlu dipapah untuk ke majlis. Tetapi, tak lama selepas itu dia pengsan lagi sekali sampai pukul 2 petang.
@yunitanurwijayant Balas @epink36 Lanjutannya akhirnya keluar sebentar habis itu pinsan lagi #fyp #viral #KredivoSefleksibelItu
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mula buat spekulasi bahawa ada yang kata tak dapat restu lah, tak lawat orang meninggal lah, siap ada yang kata kena santau ex lagi. Alahai.
Mungkin rasa tak sihat kot, tapi kalau nak batalkan pun tak boleh juga kan, kena lah diteruskan lagi, harap keadaan pengantin tersebut tak ada apa lah.
Baca : “Kita sapa nak menghukum,hina orang” – MUA Bantu Transformasi Gadis Mangsa ‘Cyberbully’