Agak menakutkan apabila terbaca kisah yang dikongsikan oleh individu ini berkenaan dengan pengalamannya merawat seorang pesakit sihir.
Sihir itu dinamakan Sihir Kunci Roh di mana mangsa seakan-akan meninggal dunia kerana rohnya telah ‘dikunci’.
Pada dasarnya, mangsa mungkin dilihat macam sedang tidur tapi apa yang bahayanya adalah apabila pesakit telah disahkan meninggal dunia oleh pihak doktor, pihak keluarga terkejut melihat jasad pesakit…
Berdengkur ketika ingin dibawa balik ke rumah
Hairan melihat keadaan jenazah, keluarga ini panggil doktor untuk datang ke rumah. Namun, doktor sendiri hairan kerana pesakit itu sudah terhenti nafasnya, jantung tidak lagi berdegup dan denyutan nadi juga sudah terhenti.
Ahli keluarga mula rasa resah dan takut melihat keadaan jenazah, manakala doktor pula meminta ahli keluarga untuk melakukan rawatan alternatif kerana ada sesuatu yang tak kena. Maka dari situlah mereka bertemu dengan seorang pengamal perubatan ini.
“Sampai di sana memang ramai ahli keluarga berkumpul.. Dan di tengah rumah ada jenazah terbaring… kami dengar dengkuran yang keras pada jenazah, guru Tok senyum pandang Tok.. Guru kata.. Ini kerja kita bukan kerja doktor dah.. .Doktor dah buat kerja dia.. Kita jalankan kewajipan kita.”
“Kami minta semua beredar sedikit.. Mata pesakit tertutup rapat, bila Tok pegang di pelipat tangan bacakan beberapa potong ayat, tangannya bertindak balas,semua terkejut, jadi benarlah kata guru tok. Dia sudah terkena Sihir Kunci Roh.”
“Bila roh terkunci jasad seperti mati… Kalau lah dia tidak berdengkur orang dah tanam dia hidup-hidup.. Dia akan mati dalam tanah… Inilah bahayanya Sihir Kunci Roh..”
Setelah disahkan bahawa mangsa terkena sihir ini, mereka mulakan rawatan dengan membacakan ruqyah seperti biasa. Ketika bacaan sedang dilakukan, kaki mangsa mula bergerak dan pengamal rawatan alternatif itu cuba meletakkan tapak tangannya di bahagian pusat mangsa.
Badan mangsa mula bergerak, malah ketika tangan diletakkan di bahagian ubun-ubun mangsa, matanya pula terbuka.
“Mula lah berbicara, ‘Siapa Kau? apa yang kau mahu dengan tubuh ni?? Kenapa kau kacau kerja aku? Aku nak dia mati’
“Aku nak kau tinggalkan tubuh ini, kalau x Allah akan binasa kan kau. Aku tak nak…. aku tak nak… Minahh… tolong aku… minahh tolong aku…. halau orang ni..’ Kami pelik siapa minah (bukan nama sebenar)
“Masing-masing yang ada dalam rumah berpandangan… Menncari siapa minah… Tolonglah aku minah, aku dh tolong kau.. Orang ni nak bunuh aku… Minahhhhh.”
Jelasnya lagi, jin tersebut meraung memanggil nama Minah dengan kuat sekali saat salah satu paku yang telah dicabut semuanya di dalam rumah dicucuk ke ibu jari kaki mangsa.
Disantau adik sendiri, sebab iri pasal pembahagian harta
Pelik dengan orang nama Minah, Tok Guru tersebut meminta agar individu yang dikenali sebagai Minah tampil tunjukkan diri dengan cara gesa jin tersebut untuk ‘pergi’ ke arah tuannya.
Tiba-tiba ada suara perempuan dalam rumah yang sama menjerit-jerit di bahagian dapur rumah seperti sedang kerasukan.
“Ya aku minah… aku minah…. hahahahhahahahaahha… puas hati aku… Tapi kau tak mati pulak.”
Ketika ditanya apa punca melakukan tindakan sedemikian, Minah menjelaskan bahawa dia mahukan semua tanah yang mangsa ada, mangsa enggan turutkan permintaan apabila bercakap secara baik dan menggunakan cara ini untuk ‘ajar’ mangsa.
Dipendekkan cerita, mereka berjaya ‘menghalau’ jin tersebut setelah berdegil kerana mahukan mangsa mati, malah ia juga hampir 30 minit ‘menahan sakit’ akibat lada hitam yang telah diletakkan di bahagian ibu jari Minah.
Usai ‘berlawan’ dengan Minah selesai, mangsa terus tersedak dan terbangun, mangsa juga menangis kerana kesal dengan perbuatan adiknya itu.
“Sampai hati kau minah, kau adik aku.. Kau buat aku macam ni, aku bukan nak bolot semua harta.. Aku cuma diamanahkan sahaja untuk bagi sama rata… Kenapa kau nak semua harta arwah abah?
“Sanggup kau nak bunuh aku abang kandung kau sebab kan harta? Ini ke balasan kau sepnjang mak abah tak ada aku jaga kau.. Aku didik kau.. Aku bela kau, tolong kau, sampai kau berjaya.”
Minah yang hanya menangis teresak-esak menjelaskan bahawa ia adalah hasutan suaminya, dalam masa yang sama, suaminya tergesa-gesa keluar dari rumah. Dikatakan, Minah tidak mahu buat semua perkara ini, tapi suaminya yang tamak mahukan harta tersebut dan hasut isterinya untuk ‘bunuh’ secara perlahan.
Mudah-mudahan kita dijauhkan berjodoh dengan orang-orang tamak dan dapat menjaga silaturahim keluarga dengan baik.
Baca : Ibu Mentua Sihir Menantu Sampai ‘Lumur Darah Haid’ Sebab Tak Restu Perkahwinan?