in

Penerbangan ‘Delay’ 1 Jam Gara-gara Penumpang Enggan Letak Beg Berjenama Mewah Di Bawah Kerusi

Beg Berjenama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penumpang wanita di sebuah penerbangan di negara China baru-baru ini dilaporkan telah menyebabkan kapal terbang berkenaan delay atau lambat berlepas gara-gara penumpang tersebut yang dikatakan enggan meletakkan beg berjenama mewahnya di bawah kerusi.

Untuk pengetahuan semua, semua beg perlu diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kita ketika dalam penerbangan sebelum kapal terbang itu berlepas.


Ini kerana jika berlakunya turbulence, barang-barang yang dipegang tidak akan melambung ke udara dan terkena penumpang lain.

Difahamkan, penumpang wanita itu enggan berbuat demikian meskipun telah diminta oleh kru penerbangan, lapor South China Morning Post.

10 2

Artikel Berkaitan: “Siap mengugut lagi!” – [VIDEO] 2 Lelaki Buat ‘Drama’ Sampai Penerbangan ‘Delayed’

Video kejadian itu difahamkan telah sempat dirakam oleh penumpang lain sebelum ia dikongsikan di platform Douyin (TikTok China).

Difahamkan, penumpang wanita itu yang duduk di kelas ekonomi enggan meletakkan beg berjenama mewah iaitu beg tangan Louis Vuitton ini di bawah kerusi penumpang hadapan sebaliknya dia berkeras mahu meletakkan beg itu di sebelahnya.

Penumpang wanita itu akhirnya telah diiring keluar dari kapal terbang berkenaan kerana telah menyebabkan penerbangan itu tertunda selama satu jam.

11 1

Sumber: South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.