Setiap kali acara sukan paling besar dunia, Olimpik berlangsung, hampir semua orang akan menumpukan perhatian mereka untuk menonton acara sukan pilihan dan pada masa yang sama menyokong atlet dari negara masing-masing.
Namun begitu, selain menjadi atlet terbaik yang berjaya mengharumkan nama negara, ada juga beberapa atlet yang telah mencuri tumpuan ramai ekoran rupa paras mereka. Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok beberapa atlet Olimpik Paris 2024 yang dianggap sebagai hot ini. Jom!
1. Kim Yeji, Korea Selatan
Kalau korang aktif di media sosial, korang mesti nampak ramai betul orang bercakap tentang Kim Yeji iaitu atlet menembak yang telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara pistol udara 10m wanita.
Kim Yeji telah mencuri perhatian ramai apabila satu video menunjukkan dia telah memecahkan rekod dunia dalam acara pistol wanita 25m di mana dia yang berpakaian hitam dan memakai lensa untuk membantu melihat sasaran dengan lebih jelas itu telah kelihatan seperti pelakon dari filem sci-fi.
Ramai telah memuji gaya Kim Yeji ketika acara menembak ini dengan mengatakan dia nampak “ganas” dan cool. Lebih mencuri perhatian, Kim Yeji juga dilihat turut memakai patung gajah milik anak perempuannya di bahagian pinggang. Ala comelnyaaa
This girl needs her own anime just because of that badass stance alone 🥇pic.twitter.com/V99SgMPMjQ
— Virally Post (@virallypost) July 31, 2024
2. Yusuf Dikec, Turki
Selepas Kim Yeji, seorang penembak lelaki dari Turki, Yusuf Dikec pula telah meraih perhatian ramai.
Yusof Dikec yang berusia 51 tahun ini telah menjadi meme di media sosial apabila dia yang hanya memakai t-shirt kasual dan satu tangan di poket tanpa memakai peralatan tambahan seperti yang digunakan oleh penembak lain telah berjaya memenangi pingat perak untuk acara pasukan campuran 10m pistol udara.
Kalau korang nak tahu, Yusof Dikec ini merupakan pegawai tak bertauliah Gendarmerie Turki yang telah pun bersara. Dia telah berjaya mencipta rekod dunia dalam acara menembak 25m di Kejohanan Ketenteraan Dunia pada 2006 dan menjadi atlet pada 2011.
He casually walked in, took out his piece, took the shots, and just as casually walked out without even waiting for his medal.
I think he's done this before — under different circumstances, of course.
— Cleavage Crumbs (@CleavageCrumbs) July 31, 2024
3. Hashimoto Daiki, Jepun
Tular satu video menunjukkan seorang atlet gimnastik Jepun telah menerima urutan selepas mengalami kecederaan semasa bertanding.
Video tersebut telah mendapat perhatian netizen terutamanya wanita yang bertanya macam mana nak dapat kerja yang sama dengan tukang urut tersebut ekoran terpikat dengan ketampanan atlet ini.
Namun begitu, Hashimoto Daiki ini bukan sahaja tampan tapi dia juga berbakat kerana sebelum ini, atlet Jepun ini pernah memenangi dua pingat emas di Olimpik 2020 tau!
@mothershipsg Oh no 🙁 #japan #olympics2024 #gymnastics ♬ original sound – Mothership
4. Fei Liwei, China
Acara renang merupakan antara acara sukan yang dinantikan ramai. Selain itu, ia juga menjadi tempat untuk penonton cuci mata.
Untuk Olimpik kali ini, atlet renang Fei Liwei dari China telah mendapat tumpuan kerana mempunyai badan yang tegap dan rupa paras yang handsome.
Ketika di Olimpik Paris, Fei Liwei terpaksa menjawab soalan wartawan mengenai skandal doping yang melanda pasukannya. Ini kerana, dia dan 23 perenang lain dari China sebelum ini pernah disahkan positif mengambil dadah penambah prestasi pada Olimpik 2021.
Namun begitu, Liwei menafikan perkara ini dan mengatakan yang kehandalan mereka dalam acara renang adalah disebabkan oleh kerja keras dan latihan yang diterima.
5. Alica Schmidt, Jerman
Senarai ni tak lengkap kalau tak masukkan Alica Schmidt iaitu pelari dari Jerman. Kalau korang nak tahu, Alica telah digelar sebagai “Atlet Paling Seksi Di Dunia” oleh media.
Alica telah pun mempunyai seramai 5.1 juta pengikut di Instagram di mana rata-rata yang mengikutinya memang suka melihat wanita cantik ini beraksi di trek dan padang.
Atlet Jerman ini telah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara lumba lari gantian 4x400m di World Athletics Relay sebelum ini yang sekaligus melayakkan dirinya untuk bertanding di Olimpik Paris 2024.
View this post on Instagram