in

Penduduk Selangor Diminta Berwaspada, Banjir Kilat Kemungkinan Berlaku Rabu Ini

air pasang boleh cetus banjir di selangor rabu ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersedia dan berwaspada semua! 

Pihak berkuasa meminta penduduk di kawasan pantai di Selangor untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan besar banjir kilat akibat air pasang besar dijangka berlaku pada 7.41 pagi, Rabu (5 Januari) ini.


Menurut mStar, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Izham Hashim berkata, banjir kemungkinan berlaku sekiranya hujan berterusan dan ditambah pula dengan air pasang.

Sejak tiga hari lalu air pasang besar yang bermula pada Ahad (2 Jan) hingga awal pagi Selasa (4 Jan) masih terkawal kerana tiada hujan atau angin kencang. Kami berharap perkara yang sama berlaku pada hari Rabu,” katanya.

1347017

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Razif Mohmad Haris berkata, air pasang naik sehingga 5 meter maksimum berikutan air di sepanjang pantai lebih tenang dan tak menembusi ban yang diletakkan.

Paras air juga kini dilihat berada di paras lebih rendah dari ban yang diletakkan dekat Jalan Syahbandar dan air pasang surut dengan cepat.

“Pegawai kami yang ditempatkan di pantai Pelabuhan Klang mendapati keadaan laut tenang dan tiada banjir besar,” katanya.

Sementara itu, pegawai daerah Klang Mohd Faizal Abd Raji berkata pihaknya telah mengingatkan mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai dan kawasan pantai untuk sentiasa berwaspada jika hujan berterusan.

air pasang besar

Orang ramai juga dilarang untuk menghampiri pesisiran pantai di daerah Kuala Langat buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

“Kawasan yang ditutup adalah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib dan Jeti Tanjung Sepat.

“Medan selera dan kiosk peniaga di kawasan itu juga ditutup,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Diharapkan pihak yang tinggal di kawasan berkenaan ambil serius akan larangan ini dan semoga kita terus dilindungi daripada bencana banjir. 

Baca: Air Pasang Besar Gelombang Ke-3 Dijangka Melanda M’sia Bulan Ini & Bulan Depan – JPS

collage 5

Sumber: Edisi 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.