in

Pendatang Yahudi Tukar Masjid Kuno Jadi Kelab Malam? Ini Kisah Masjid Al-Ahmar Yang Semakin Dilupakan

Untitled Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hagia Sophia, sebuah mercu tanda di Turki baru-baru ini bertukar status — daripada sebuah muzium bersejarah kepada masjid. Namun keputusan dibuat Presiden Recep Tayyip Erdogan itu mengundang bantahan segelintir pihak dari dunia Barat.

Ketika isu penukaran fungsi Hagia Sophia ini masih diperdebatkan, ada satu kisah zalim yang berlaku ke atas sebuah masjid kuno di Palestin yang mungkin tidak pernah kita tahu atau semakin kita lupakan.


Ingat nama ini, Masjid Al-Ahmar. Tahun lalu, masjid ini yang didirikan di atas tanah milik Palestin, yang dirampas dan diduduki pendatang Yahudi — telah ditukar menjadi sebuah kelab malam.

Memetik laporan CNN Indonesia, masjid kuno ini sebenarnya dibina pada abad ke-13 di wilayah Safad dan ia mula diceroboh oleh geng pelampau Yahudi pada 1948.

Masjid Al Ahmar

Img 20200718 140116

Selepas dirampas, ia pada mulanya dijadikan sekolah buat anak-anak pendatang haram itu sebelum bertukar lagi fungsinya sebagai pusat kempen Parti Likud.

Ia juga sempat menjadi sebuah kedai pakaian, sebelum ditukar sepenuhnya menjadi sebuah bar kelab malam dan dewan pernikahan tahun lalu. Namanya kini adalah Khan Al-Ahmar.

Mengikut sejarah, masjid yang dibina pada 1276 itu mendapat namanya daripada batu merah yang digunakan untuk mendirikannya. Dan wilayah Safad, lokasi terletaknya masjid ini pula — dahulunya pernah dihuni ribuan warga Palestin.

Malangnya, kesemua mereka diusir dari tanah kediaman mereka sejak pendatang Yahudi mula menceroboh pada 1948. Dan sejak itu juga, mana-mana penduduk yang mahu menziarahi masjid itu pasti akan diserang pendatang haram ini.

 

Baca: Dari Sebuah Muzium, Hagia Sophia Kini Kembali Ditukar Sebagai Masjid

Hagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.