Hangat diperkatakan kini mengenai kenaikan harga barang yang tidak munasabah antaranya harga ayam dan kini harga minyak yang katanya hampir mencecah RM50 sebotol. Uish mahal tu!
Disebabkan hal tersebut ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial dan ada juga yang mengambil kesempatan membuat jenaka serta mengaitkan hal itu dengan agama lain.
“Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita menipu”
Menerusi perkongsian di Facebook pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung, ada menegur tindakan sesetengah netizen yang membuat jenaka kononnya dapat membeli minyak masak dengan harga yang murah.
Walhal minyak masak yang dibeli itu merupakan minyak yang digunakan khas untuk sembahyang bagi orang Cina.
“Saya faham situasi sahabat-sahabat dengan kenaikan harga barangan cuma saya ingin nasihati diri saya & sahabat sahabat yang beriman.
“Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990 dan Tirmidzi no. 2315).
“Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau. Tertera jelas ‘Minyak Untuk Sembahyang Sahaja’ & saya percaya admin page tersebut tahu membaca dengan baik,” katanya.
“Kita tidak suka orang menghina Islam… maka kita juga tidak seharusnya jadikan alat sembahyang agama lain sebagai bahan gurauan”
Tambahnya lagi, tindakan tersebut adalah sesuatu yang tak patut dilakukan netizen kerana samalah situasinya jika kita tidak suka orang lain menghina agama Islam, lalu kita juga tidak sepatutnya bergurau mengenai alat sembahyang agama lain.
Nasihat yang kedua adalah, kita tidak suka orang menghina Islam atau menjadikan peralatan yang sinonim dengan Islam seperti songkok, kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya sebagai alat gurauan maka kita juga tidak seharusnya menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan kita.
“Prinsip saya tetap sama tanpa mengira siapapun. Yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. Kita melihat prinsip bukan melihat siapa yang melakukannya,” katanya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata menyokong pandangan pendakwah terbabit.
Harap kita semua ambil pengajaran di sebalik teguran ini.