Selepas satu mesyuarat yang dipengurusikan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) bersetuju untuk membenarkan pendaftaran dos penggalak (booster) secara walk-in bermula 22 November ini.
Dalam satu kenyataan, CITF-B menekankan kaedah pendaftaran secara terus ini akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di serata negara.
Beliau turut menambah pendaftaran secara walk-in akan dijalankan kepada individu yang layak diberikan dos penggalak serta mereka yang ingin mendapatkan suntikan lebih awal dari janji temu.
Pendaftaran itu juga dibuka kepada individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19 dan mereka yang pernah terlepas janji temu vaksin sebelum ini.
Remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun yang masih belum lengkap vaksinasi juga boleh mendaftar secara walk-in.
Walau bagaimanapun, pemberian dos penggalak setakat ini masih lagi diutamakan kepada enam golongan termasuklah
- Petugas barisan hadapan (frontliner) sektor kesihatan, pertahanan dan keselamatan
- Individu berusia 40 tahun ke atas
- Individu berusia 18 tahun ke atas dengan komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit yang tidak berkaitan)
- Ibu mengandung
- Keperluan untuk ke luar negara
Pihak CITF-B percaya pendekatan ini akan memudahkan serta menggalakkan individu yang layak menerima booster dose secara sukarela untuk mendapat suntikan lebih awal tanpa perlu menunggu tarikh janji temu seperti sebelum ini.
Selain medium walk-in di PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran dos penggalak juga boleh dibuat melalui telefon dan emel.
Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021″
Baguslah dah boleh walk-in je, lagilah memudahkan kita semua. Lagi cepat, lagi bagus, kan?
Sumber: Kosmo
Baca: Kadar Jangkitan COVID 19 Meningkat Ke 1.0, KJ Nasihat Untuk Ambil Dos ‘Booster’ Jika Dapat Temujanji