Betul lah kata orang, kadang-kadang bila terdesak, manusia sanggup buat apa sahaja demi kelangsungan hidup termasuklah mencuri.
Begitulah cerita menarik yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan handle @Zweli_Thixo daripada Afrika Selatan ini tentang kes kecurian laptop miliknya baru-baru ini yang mendapat perhatian ramai gara-gara sikap jujur pencuri tersebut.
Menurut perkongsian tersebut, lelaki berasal dari Pretoria Afrika Selatan ini telah kehilangan laptop miliknya dek kerana dicuri, dan pencuri berkenaan telah menghubunginya melalui e-mel untuk memohon maaf.
Tindakan pencuri tersebut membuatkan mangsa berasa berbelah bahagi kerana selain menghubunginya menggunakan emel, pencuri berkenaan dengan jujur memohon maaf dan menceritakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana terdesak untuk meneruskan kehidupan.
They stole my laptop last night and they sent me an email using my email, I have mixed emotions now.? pic.twitter.com/pYt6TVbV1J
— GOD GULUVA (@Zweli_Thixo) October 30, 2022
Lebih menarik, pencuri berkenaan sedar bahawa mangsa sedang sibuk menyediakan research proposal dan telah ‘memulangkan’ kesemuanya melalui lampiran yang disertakan dengan emel tersebut.
Dalam emel yang sama, pencuri berkenaan telah meminta Zweli untuk menghubunginya sekiranya terdapat fail-fail penting yang lain yang diperlukannya sebelum jam 12 hari Isnin kerana dia akan menjual laptop berkenaan kepada seorang pembeli.
Emel berkenaan disudahi dengan ucapan ‘ngiyacolisa’ yang merupakan ucapan maaf dalam bahasa Zulu, salah satu daripada 11 bahasa rasmi yang digunakan di Afrika Selatan.
Meneliti komen dan balasan netizen terhadap Tweet yang menerima lebih 230 ribu tanda suka tersebut, ramai memuji tindakan pencuri berkenaan selain ada yang mengatakan mungkin dia benar-benar terdesak dan memerlukan duit sehingga berbuat sedemikian.
Baca : Polis Tahan Lelaki Tular Curi Tong Gas Di Kedai Runcit, Jumpa Masa Tengah ‘Minum’?