Musim olimpik ini seorang figura menjadi perhatian netizen terutama ketika perlawanan badminton melibatkan atlet-atlet Malaysia baru-baru ini.
Figura yang dimaksudkan ialah Ahmed Shahrazad Sani atau lebih mesra dikenali sebagai Bangmed, beliau merupakan satu-satunya wartawan yang disenangi oleh pemain badminton tempatan termasuklah Lee Zii Jia serta Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Artikel berkaitan: “Satu Malaysia tengok” – Orang Ramai Kongsi Pengalaman Tonton Semi Final Olimpik Badminton Semalam
Artikel berkaitan: Pemain China Huang Yaqiong Dilamar Kekasih Lepas Rangkul Pingat Emas Badminton Beregu Campuran Di Olimpik Paris
Lebih manis lagi, Bangmed juga tular baru-baru ini selepas Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa di Olimpik Paris dan dia kemudiannya mengalungkan pingat itu kepadanya.
Zainal Abidin Rawop and all Malaysia’s reporter kena belajar etika kewartawanan dari Bangmed. Bukan kata jangan mengkritik tapi jangan kritikan yang berbaur kecaman hingga mengundang negativity dari pembaca. Bangmed truly WARTAWAN OF THE YEAR pic.twitter.com/I9Flb95a44
— Illa (@ShiningstarZJ) August 6, 2024
Malah dapat dilihat, pasangan regu kebangsaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga amat selesa dengan wartawan sukan saluran Astro Arena itu.
“Bangmed memang juara!”
Di media sosial ramai yang memuji Bangmed malah ada juga yang berharap wartawan itu diberikan penghargaan yang selayaknya.
Nampak betul semua atlet sayang Bangmed!
Sumber: X