in

“Pencemaran tulisan jawi” – Ramai Tersenyum Bila Tengok Tulisan Khat Ini, Tapi Lepas Membaca Ramai Pulak Yang Mengeji Sebab…

Apo Bosku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata ramai di antara kita yang menyukai seni tulisan khat yang indah hasil nukilan kreatif mereka yang pakar dalam bidang ini. Tulisan khat ini sering dijadikan perhiasan dan digantung pada dinding pejabat mahupun rumah.

Tapi admin baru-baru ni ada terlihat satu tulisan khat yang viral di media sosial. Daripada mendapat pelbagai pujian, tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, ramai pula yang mengecam. Kenapa ye? 


 

“Rugi mengaku orang Melayu kalau tak pandai baca jawi” 

Berikut tulisan khat yang viral kat Twitter tu. Siapa boleh baca? Mesti korang tengah tersengih-sengih kan… 

Malu Apaaa
sumber: twitter

Malu Apa Bossku”

 

“Mula aku senyum sebab cantik gila. Lepas dah baca the content…” 

Sebilangan daripada netizen yang melihat hasil tulisan khat ni merasa agak ‘tertipu’ kerana telah membaca tagline yang sering dibawa bekas PM, Datuk Seri Najib iaitu Malu Apa Bossku. Tak pasal-pasal hasil karya yang cantik jadi kejian pulak ye… 

Mab
sumber: twitter

 

“Yang ramai bitter gila dengan perkataan bossku tu dah kenapa?” 

Macam biasalah kan, bila ada yang benci pasti ada yang menyokong pula. Nampaknya tak semua netizen berasa ‘bitter’ dengan tulisan yang dihasilkan lelaki ini. Ada yang memuji kerana hasil tulisannya yang baik dan siap ada yang mintak buat jadi baju lagi. Haaa bukan bisher-bisher ni! Cantik jugak buat jadi baju kan? 

Bossku
sumber: twitter

Apa-apapun admin harap korang janganlah marah-marah individu ni sebab hasil tulisan khatnya memang cantik. Lagipun dia buat tulisan tu untuk marketing. Dengan cara ni, ramailah yang kenal servis tulisan khat yang dia buat tu kan? 

Baca: “Malu Apa Bossku” – Trending, Ramai Tak Boleh ‘Move On’ Slogan Terbaru Dari Najib Razak

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.