in

“Pencarian hampir 7 jam” – Rakaman CCTV Tunjuk Kejadian Wanita Terjerlus Di Jalan Masjid India

Tanah 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, seorang wanita India berusia 48 tahun terjerlus di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Difahamkan, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari sedang giat dijalankan.

Tanah 1
Sumber: sinar harian

Rakaman CCTV tular

Terbaharu, tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian cemas tersebut ketika wanita itu sedang berjalan di belakang beberapa orang individu. Ketika dia berjalan betul-betul di sebelah kerusi duduk yang terletak jalan tersebut, tiba-tiba tanah di situ terjerlus dan mangsa terjatuh.


Artikel berkaitan: “Kesiannya, panas pakai sut naik tangga lagi’ – [VIDEO] KKM Pergi Jalan Masjid India, Sampai Depan Rumah Buat Covid Test Untuk Warga Asing

Artikel berkaitan: Masjid Berusia 120 Tahun Di India Muncul Semula Selepas 3 Dekad Tenggelam

Dalam masa yang sama, ada seorang individu yang duduk di kerusi itu hampir menjadi mangsa namun dia sempat menahan dirinya sambil dibantu orang sekeliling. Beberapa orang yang duduk di kerusi berkenan bergegas bangun dan mereka turut cuba membantu mangsa wanita yang tertimbus dalam tanah mendap itu.

Kedalaman tanah mendap hampir 8 meter

Selain itu, seramai 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dikerah dalam operasi tersebut serta kedalaman lubang tersebut dianggarkan hampir lapan meter dan setakat jam 3 petang, usaha pencarian itu sudah hampir 7 jam.

Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Unit STORM dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian. – Komander Operasi PKPgB Mohd Riduan Akhyar

Dalam pada itu, sebuah kerusi batu yang turut terjatuh dalam tanah mendap itu sudah dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Moga urusan dipermudahkan..

Sumber: Sinar Harian, Kosmo! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.