in

Penat Kena ‘Prank’, Penduduk Kampung Belasah ‘Pocong’ Sebelum Dibawa Ke Balai Polis

2pocong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk Kabupaten Demak, Jawa Tengah telah bertindak untuk membelasah dua remaja yang berlakon sebagai pocong bagi tujuan menakut-nakutkan penduduk.

Difahamkan, dua remaja yang menjadi pocong itu berbuat demikian hanya untuk tujuan content media sosial mereka. Namun, penduduk kampung disitu telah penat di-‘prank’ oleh mereka dan telah membelasah remaja itu sebelum dibawa ke balai polis. Instagram @andreli_48 ada memuat naik video kejadian itu.


Screenshot 2023 04 09 at 2.48.48 PM

Memetik laporan Kompas TV, ‘pocong’ yang dibelasah itu merayu kepada penduduk kampung untuk berhenti membelasahnya. Namun tetap tidak diendahkan oleh penduduk kampung yang kemudiannya memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan untuk dibawa ke Balai Polis Bonang.

Walau bagaimanapun, pihak polis dan penduduk kampung telah bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut dengan kaunseling kerana kedua-dua ‘pocong’ itu masih remaja.

Dalam pada itu, pihak polis juga merayu ibubapa untuk memantau kelakuan anak mereka supaya tidak menganggu ketenteraman awam.

Baca: Pihak Polis Tangkap ‘Pocong’ Yang Sering Kacau Pengguna Jalan Raya Pada Waktu Malam

Screenshot 2023 04 09 at 2.51.42 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.