in

“Penat kena buli” – Isu Anak Kahwin Syamsul Yusof, Kazar Luah Perasaan?

kazar saisi penat kena buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak isu mengenai anaknya, Ira Kazar telah bernikah dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusor viral di media sosial, pelakon Kazar Saisi sering menjadi perhatian media.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi sasaran netizen untuk melempiaskan rasa marah kerana telah membenarkan anaknya berkahwin dengan suami kepada aktres, Puteri Sarah Liyana.


solizra1 1673147025

“Rehat jap, penat kena buli” 

Pun begitu, hari ini, Kazar dilihat telah memuat naik satu posting di Instagram seakan-akan meluahkan perasaannya.

Menurut posting yang telah dipadam itu, dia menulis,

Rehat sekejap, penat kena buli. Huhu…” 

kazar saisi

Posting berkenaan lapor Kosmo, merujuk kepada situasi yang membabitkan pernikahan anaknya dengan pengarah kontroversi itu yang masih hangat diperkatakan.

Sehingga kini, pelakon senior yang berusia 63 tahun itu memillih untuk tidak membuka mulut berhubung pernikahan anaknya walaupun telah dihubungi media.

Kazar yang sebelum ini ditemui di rumahnya berkata,

Saya sekarang ini tiada di rumah kerana sedang shooting di Ipoh, mengenai isu perkahwinan ni saya tidak mahu komen apa-apa. 

“Tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa.

“Nanti-nantilah,” katanya kepada mStar semalam.

Kazar juga menerusi posting yang terdahulu juga ada memuat naik video ceramah tokoh agama terkenal, Mufti Menk yang bercakap mengenai cabaran dalam hidup.

Katanya, perkongsian berkenaan adalah peringatan kepada diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

https://www.instagram.com/p/CnMi6VghWtn/

Harap Kazar tabah hadapi dugaan. Semoga kes ini cepatlah selesai… kesian kedua belah pihak. 

Baca: Ramai Netizen ‘Simpati’ Nasib Ira Kazar, ‘First Time’ Kahwin Tapi Kat Siam, Keluarga Mentua Tak Sokong…

ira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.