in

Penat Ditanya Soal Jodoh, Ustaz Pesan Elak Tanya 4 Soalan Sensitif Ini Kepada Orang Lain

zizan 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang bagus kita concern dengan orang lain tapi tak semua perkara kita boleh tanya, lebih-lebih lagi soal rezeki yang pastinya rahsia Tuhan.

Semalam, satu hantaran telah dimuat naik di platform X menunjukkan gabungan dua klip video. Satu adalah interview pengambaran dan satu lagi ada ceramah oleh seorang ustaz.


Dalam video yang dikatakan prank tersebut, seorang pelawak terkenal, Zizan Razak telah dijemput sebagai tetamu dalam sebuah rancangan televisyen. Namun begitu, dua orang pengacara rancangan itu ada bertanya kepadanya tentang jodoh.

Menurut mereka berdua, ramai peminat lain juga tertanya-tanya tentang masa depan berumah tangga Zizan. Disebabkan itu, mereka mahu mendapatkan kepastian daripada tuan badan sendiri.

Selepas ditanya soalan itu, Zizan dilihat sudah reda dan dia juga akur bahawa orang sekelilingnya telah pun berkahwin.Tanpa menjawab dengan lebih lanjut, Zizan terus keluar dari set pengambaran itu.

Video itu disambung dengan satu ceramah oleh Ustaz Yaakub Yusra. Beliau berkata Nabi SAW tidak akan bercakap perkara yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila berjumpa dengan orang, elakkan bertanya empat perkara.

Yang pertama, mengenai umur. Hal ini juga ada disebut dalam kitab-kitab tasawuf untuk tidak bertanya kepada orang lain tentang umur. Kedua, jangan bertanya tentang pekerjaan dan pendapatan orang lain. Yang ketiga, jangan tanya soal jodoh. Ianya sangat sensitif bagi geng-geng single. Yang terakhir adalah tentang zuriat kerana bagi pasangan yang sudah lama menantikan anak, soalan ini akan membuatkan mereka mood swing. – Ustaz Yaakub Yusra

Menyingkap di ruangan komen dalam hantaran itu, ada yang berkata video itu hanyalah prank tapi ramai netizen juga bersetuju bahawa empat soalan ini tidak wajar ditanya kepada orang lain lebih-lebih lagi tentang anak.

zizan 2

zizan 1 zizan 3

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.