Bagi bakal-bakal ibu yang sedang mencuba untuk hamil, korang pasti faham betapa peritnya situasi bila melihat test kit kehamilan masih belum double line lagi, kan?
Walaupun korang dah buat bermacam cara, tapi agak sedih juga bila belum mendapat ‘berita gembira’ itu.
Perkara inilah yang sedang dialami oleh pelakon terkenal, Janna Nick apabila dia mendedahkan keperitan ‘pregnancy journey’ yang dilaluinya dalam satu video di TikTok.
Artikel berkaitan: “Janna Nick pun ada?!” – 5 Selebriti Yang Menerima Bayaran Tertinggi Di Dunia Melalui Instagram
Artikel berkaitan: Netizen Puji Tindakan Janna Nick Tanya Suami Tentang Khutbah Jumaat Terakhir 2023
“Dah masuk fasa psycho dah”
Menerusi video yang dikongsikan Janna, dia memaparkan situasi di mana dia tiba-tiba terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi dan tergerak hati untuk membuat test kehamilan.
Katanya, dia buat test kehamilan itu semasa suaminya, Dini sedang tidur untuk mengelakkan lelaki itu melihatnya stress dengan keadaan itu.
@jannanickofficial Replying to @user9317614082996 dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang I suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest. Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze! Pls take note that pregnancy journey tak mudah. I faham…I terima takdir & tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang & menanti..akan dapat baby yang comel comel ❤️
Namun selepas selesai membuat test kehamilan, Janna mendapati keputusannya agak mengecewakan kerana dia masih belum hamil.
Dalam video itu, Janna terlihat agak sedih dan mengakui berasa pelik kerana dia telah mencuba pelbagai cara tetapi masih belum hamil juga.
Kena paksa diri untuk terima ‘belum rezeki’,” katanya.
“Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung”
Dalam kapsyen posting itu, Janna ada meluahkan perkara yang dialaminya termasuklah berat badan yang meningkat naik kerana dia kurang aktif bersukan akibat bimbang tidak ‘lekat’.
View this post on Instagram
Dah masuk fasa psycho. Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut lekat. Korban segala activity yang I suka… yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest.
“Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze!
“Please take note that pregnancy journey tak mudah. I faham… I terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel-comel,” tulisnya.
Video berkenaan telah menerima pelbagai komen positif netizen yang mendoakan semoga urusan Janna dalam menimang cahaya mata dipermudahkan. Malah ada juga menasihatkannya untuk mengambil asid folik bermula dari sekarang.
Apa-apapun kita doakanlah semoga Janna cepat dapat baby. Mesti comelkan anak Janna dan Dini nanti.
Sumber: TikTok