in

“Penat asyik kena scam dgn client…” -[VIDEO] MUA Jelaskan Beza Harga ‘Make Up’ Pengantin & Event

Untitled design 2022 05 16T180231.548

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi Make Up Artist (MUA) bukanlah sesuatu kerja yang mudah, mereka harus berdepan dengan pelbagai permintaan daripada client mereka.

Kebelakangan ini ramai MUA yang mengeluh apabila terdapat segelintir client yang mengatakan ingin disolek untuk event tetapi sebaliknya mereka sebenarnya menipu dan gunakan solekan itu untuk acara perkahwinan.


Tidak semua orang mempunyai kondisi kulit yang sama dan itu adalah antara sebab mengapa harga untuk solekan event dan pengantin itu mempunyai harga yang berbeza dan sedikit mahal.

https://www.tiktok.com/@amal.leyna/video/7082969428765314330?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Video yang dikongsikan di TikTok oleh seorang MUA dikenali sebagai Amal Leyna menjelaskan mengapa harga make up untuk pengantin lebih mahal.

Antaranya, solekan untuk pengantin ini mempunyai teknik yang lebih terperinci, malah skin prepping untuk pengantin juga berbeza. Selain itu, make up untuk pengantin juga boleh bertahan sehingga lebih daripada enam jam berbanding make up event yang biasanya boleh bertahan kurang dari 4 jam.

Disebabkan itu, barangan dan produk yang digunakan untuk solekan pengantin juga terdiri daripada barangan yang berkualiti tinggi dan mewah (high end, luxury). Tidak cukup dengan itu, servis-servis lain seperti urutan muka dan penggayaan tudung juga biasanya diberikan untuk para pengantin.

“If u bride, pls hire MUA and bayar rate bride. It’s ur big day u mesti nak everything yang indah-indah dan boleh dikenang” tulisnya. 

Jangan tipu MUA ok? 

Baca: “Mengalir air mata” – [VIDEO] Potret Isteri Sebagai Ganti, Hajat Bergambar Aidilfitri Bersama Tidak Kesampaian

Untitled design 2022 05 16T175729.590

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.