Sejak berlakunya serangan Coronavirus ini, permintaan terhadap topeng penutup muka memang tinggi. Boleh dikatakan hampir semua kedai yang menjual topeng penutup muka habis dijual.
Pakar kesihatan sememangnya menyarankan supaya orang ramai untuk menggunakan topeng penutup muka ketika mereka berada di tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam, dan lapangan terbang.
Akibat daripada permintaan terhadap topeng penutup muka yang tinggi, ia turut memberi kesan positif terhadap penjualan Xiaomi Masker.
Menurut portal Kumparan, Xiaomi bukan sahaja mengeluarkan produk seperti telefon pintar sahaja, namun mereka merupakan salah satu perusahaan yang menghasilkan produk topeng penutup muka.
Produk tersebut dikatakan dijual secara online dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga website server down.
Xiaomi turut memohon maaf kepada orang ramai yang ingin mendapatkan masker tersebut kerana kini stok telah habis dan mereka sedang berusaha keras untuk menambah kembali stok seperti sedia kala.
“Server kami sedang down. Kami turut berduka disebabkan ada pelanggan kami yang tidak dapat melakukan pembelian terhadap produk masker ini. Walaupun ia kelihatan agak mustahil, kami akan berusaha sehabis baik mungkin untuk memastikan bekalan stok masker ini cukup bagi memenuhi permintaan ramai.” Xiaomi
Masker tersebut dijual dengan harga sekitar 39,9 Yuan atau RM24.00 bagi setiap bungkusan yang mempunyai 20 keping.