Dalam banyak kes tentang wanita diganggu sebenarnya kaum lelaki juga ada risiko menjadi mangsa gangguan oleh orang yang tidak dikenali. Lagi seram bila yang membuat gangguan itu adalah jantina sejenis.
Tular semalam di TikTok, seorang lelaki sempat merakam detik cemasnya diganggu lelaki stranger di satu tempat ketika berada di persekitaran rumahnya yang terletak di Shah Alam.
Tengah tunggu kawan dekat bawah, tiba-tiba..
Menerusi video yang dimuat naik oleh @damniall, dia sedang menunggu rakannya untuk keluar melepak bersama-sama. Tiba-tiba, datang seorang lelaki seperti warga asing mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik berhampiran.
Artikel berkaitan: “Dia ambil gambar kitorang senyap2” – Datang Minta Nombor, Wanita Trauma Diekori ‘Stranger’
Artikel berkaitan: “Risau kena pukau” – [VIDEO] Wanita Cuak ‘Stranger’Ketuk Cermin Kereta, Sengih-Sengih Minta RM2
Aku tengah lepak kat bawah rumah sambil tunggu member aku pick up kat bawah and sambil tu layan game dulu en. Tiba-tiba datang lelaki ni.. aku ingat dia tegur cam gitu.
Dia ajak aku masuk bilik yang korang nampak dalam video tu. Tak tahu tu bilik dia tidur atau apa sebab nampak macam dia duduk dalam tu.
https://www.tiktok.com/@damniall/video/7358317004157177105?_r=1&_t=8la129ANCw3
Datang pegang kaki, minta layan satu minit
Lebih menyeramkan, lelaki warga asing itu meminta Damniall untuk melayaninya selama satu minit. Berkali-kali juga ajakan itu ditolak tetapi lelaki tersebut masih berkeras dan terus bercangkung sambil memegang kaki Damniall.
Damniall meninggikan suara supaya lelaki itu tidak menyentuhnya dan menyuruh untuk pergi jauh. Akhirnya, lelaki itu mengalah dan masuk semula ke dalam bilik itu.
Situasi itu jelas membuatkan Damniall trauma dan dia menasihati orang ramai terutamanya perempuan supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Hati-hatilah ye yang perempuan suka sorang malam malam tu sebba jadi lelaki pun tak selamat dah sekarang..
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berasa seram dengan kejadian yang berlaku itu.
Seram betul macam ni…
Sumber: TikTok