in

Pemuda Terakam Budak Kena Tengking Dengan Ibu Sebab Menghilang Dalam Bazar, Netizen Setuju Sebab…

anak 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kes budak hilang terjadi sejak dahulu lagi. Hal ini semestinya membuatkan para ibu bapa takut dan menjadi lebih tegas dalam mendidik anak mereka.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang ibu memarahi anaknya ketika sedang berjalan di bazar Ramadan.


Nampak budak kena tengking..

Pada asalnya, video itu dirakam secara tidak sengaja oleh @quirkyalone99 bagi melihat keadaan bazar Ramadan yang sesak dengan pengunjung. Walaupun sudah jam menunjukkan pukul 6.45 petang, keadaan di bazar itu masih meriah.

Saje record suasana sesak kat bazar tiba-tiba.. 

Dalam video tersebut, kelihatan seorang ibu telah merentap tangan dan memarahi anak perempuannya yang dipercayai lari menghilang dalam bazar yang sesak itu.

“Biar nangis sekarang..”

Mungkin ada yang beranggapan wanita itu terlalu kasar tetapi ada yang menyokong tindakan drastiknya memarahi budak perempuan itu kerana hilang dari pandangan si ibu. Oleh itu, netizen di X bersetuju dengan cara wanita tersebut bertegas dengan anaknya di khalayak ramai.

Artikel berkaitan: Ibu Cemas Anak Hilang Dalam Mall, Orang Ramai Bantu Carikan Sampai Jumpa

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kes Ibu Mentua, Adik & 2 Anak Hilang Lepas Bercuti Ke Pulau Perhentian Sejak 30 September Lalu

Orang kata biar menangis sekarang jangan menangis kemudian hari tapi dapat kat geng woke up mesti kata toxic parent. – kapsyen hantaran di X

Selain itu, ada netizen yang bersangka baik dengan cara wanita itu berkasar dengan anaknya mungkin terlalu takut jika terjadi perkara yang tidak diingini.

anak 1

Ada juga netizen yang menceritakan pengalaman menjerit nama anak mereka yang pernah menghilang di dalam kedai. Ketika itu juga, mereka tidak mempedulikan tanggapan buruk orang lain yang penting anak mereka selamat.

anak 2

Fuh.. gugur jantung kalau anak hilang…

Sumber: X, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.