Seorang pemuda dari Jogjakarta telah melakukan kekecohan selepas mengamuk dan menutup jalan kerana motosikal yang ditunggangnya itu dikatakan hilang. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lepas.
Kejadian tersebut tular apabila lelaki tersebut menyusun bangku untuk menghalang laluan jalan. Disebabkan itu, banyak pengguna jalan di lokasi tersebut terpaksa berpatah balik, jika ada yang masih menggunakannya, pengguna jalan itu akan dimaki oleh lelaki tersebut.
Artikel berkaitan : Lelaki Tumbuk Skrin Mesin ATM Sampai Pecah Sebab Mabuk
Artikel berkaitan : Kes 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Nenek Nak Saman Pemandu Mabuk
Bukan itu sahaja, pemuda tersebut menendang meja dan kerusi dari sebuah warung sebelum situasi itu terkawal setelah seorang anggota tentera yang kebetulan melintas telah menahan lelaki itu dan membawanya ke balai polis.
Sebelum ditahan, lelaki itu menyedari kesalahannya sebelum dibawa pulang dan kembali ke balai polis sekali lagi untuk meminta maaf. Ini kerana pemuda tersebut rupa-rupanya berjalan kaki untuk ke kedai dan motosikal tersebut telah dipulangkan kepada penyewa.
Menurut Ketua Polis Daerah Depok Barat, AKP Andika Arya Pratama, kejadian bermula apabila lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk berjalan kaki dari rumah sewanya untuk membeli rokok di sebuah kedai.
Sumber : Detik Jogja