in

Pemuda Kongsi Pengalaman Naik ‘Sleeper Train’ Ke Bangkok Selama 5 Hari!

collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2022 adalah permulaan untuk semua kaki travel beraksi sebab akhirnya banyak negara yang telah membuka semula sempadan negara!

Kalau korang boleh lihat negara jiran kita seperti Thailand, mereka telah membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa perlu kuarantin dan hanya bersyaratkan vaksinasi penuh sahaja.


Jadi, harini min nak share dekat korang yang sebenarnya kita boleh travel ke Bangkok dengan menaiki tren! Menarik kan?

Pergi Bangkok naik sleeper train

Pengalaman ini telah dikongsikan di Twitter oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Asjad (@whotheA_) dimana dia mengajak sesiapa yang ‘berjiwa bebas’ untuk mencuba menaiki sleeper train bermula dari KL Sentral sehinggalah ke Stesen Bang Sue di Bangkok.

Dengan berbekalkan RM1200, korang sebenarnya dah boleh pusing satu Bangkok selama 5 hari! Wow bestnya!

Jadi apa tunggu lagi, jom min share dekat korang itinerari yang telah dikongsi oleh pemuda ini.

Hari 1

Tempat permulaan adalah di KL Sentral. Korang kena naik tren ETS yang berharga RM120 sehala terus ke Padang Besar. Ambil tren pukul 7 pagi sebab tengah hari dah sampai Padang Besar. Tapi kalau korang jenis yang berjimat, korang juga boleh naik bas terus ke Hatyai dengan harga tiket sehala RM70 dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

FXy41qaaAAEwBQN

FXy41tCaQAA8J4H

Sampai je stesen keretapi Padang Besar, korang boleh naik teksi RM10 untuk sampai ke border Malaysia-Thailand dan selesaikan urusan cop Pasport dan sebagainya.

Kini, SOP nak masuk border Thailand dah senang je. Korang just perlu tunjukkan sijil vaksinasi (boleh download kat MySejahtera) dan sawadikappp, korang dah boleh mula untuk teroka Thailand!

FXy44SDagAU4KdR

Padang Besar Thai Border Gate

Dah masuk sempadan Thailand, apa yang korang perlu buat adalah cari teksi ataupun motor yang boleh hantar ke stesen Van ke Hatyai. Selalunya lepas je sempadan Thailand akan ada banyak teksi dan motor yang dah tunggu depan pagar, so korang jangan risau! Perjalanan ke Hat Yai mengambil masa 1 jam dan berharga RM25 sehala.

FXy45L0aAAIlmgh

FXy45MpagAECOz6

“Dah sampai Hatyai! Check in dulu satu malam kat Hatyai. Enjoy la jalan-jalan town, pergi night market, food hunting dan lepak ngopi.”

Hari 2

Kalau korang berkesempatan boleh ambil TukTuk RM30 dulu pusing satu Hatyai dan Songkla. Driver tu akan bawa korang ke tempat tarikan pelancong dan korang tak perlu risau sekiranya sesat.

Dah puas enjoy pusing satu Hat Yai, korang dah boleh bergegas ke stesen keretapi Hat Yai Junction untuk naik tren ke Bangkok.

Untuk pembelian tiket, korang boleh beli di laman web 12go.asia dengan berharga Rm185 sehala. Tren ini berkonsepkan ‘sleep train’ dimana korang akan merasai pengalaman tidur di dalam train selama 16 jam. Katil, tilam, bantal dan selimut disediakan!

Hari 3

Sampai je Bangkok, korang akan turun di stesen Bang Sue. Apa yang mencuit hati, Asjad juga telah berkongsi bahawa penjualan ganja seperti menjual sayur sahaja di sana! Kalau dekat Malaysia ni habislahhh…

https://twitter.com/whotheA_/status/1548327856333209600?s=20&t=aV91xXXPrz1noqZuYJmzcQ

Khao San Road syurga backpackers!

Kalau korang yang berjiwa backpackers, Khao San Road adalah tempat yang betul untuk stay di sana sebab banyak hotel yang berkonsepkan dorm atau hostel yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan.

Seperti yang dikongsi oleh pemuda ini, Nappark backpack hostel adalah antara tempat yang korang boleh stay di sana dengan serendah RM25 sahaja untuk satu malam. Memang ngam!

FXzohxAaMAASIFK

FXzohz1acAAhu4m

3 hari tak puas teroka Bangkok!

Asjad juga berkongsi antara tempat yang telah dilawati sepanjang 3 hari 2 malam di Bangkok:

  1. Naik bot pusing bandar Bangkok dengan pakej RM50 sejam, bermula dari Chao Praya.
  2. Chinatown Yaowarat
  3. Wat Arun Temple
  4. Grand Palace
  5. Floating Market
  6. Khao San Road
  7. King Power MahaNakhon

Dia juga mengatakan bahawa trip perjalanan agak sekejap dan kurang memuaskan sebab banyak tempat menarik yang tidak sempat dilawati dalam tempoh 3 hari sahaja.

Kos keseluruhan hanya RM1200 sahaja!

Turut dikongsi keseluruhan trip ke Bangkok yang kira-kira hanya memakan kos Rm1200 sahaja untuk 5 hari 4 malam perjalanan bermula dari KL Sentral ke Bangkok.

Antara kos yang disenaraikan adalah:

RM120 (tren KL Sentral ke Padang Besar)

RM185 (tren Hat Yai ke Bangkok)

RM300 (tiket penerbangan Bangkok ke Kuala Lumpur)

RM70 (hotel di Hat Yai dan hostel di Bangkok untuk 3 malam)

RM500 (duit makan, pengangkutan awam di Bangkok, tiket masuk dan cenderamata)

Kos keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM1175!

 

Pengalaman mendewasakan kita, apa salahnya kalau kita cuba benda baru untuk sekali seumur hidup kan? Min pun rasa macam nak cuba. Korang macam mana pula?

Baca: Gadis Derita Digigit Pepijat Ketika Menaiki Bas Ekspres Dari Hat Yai ke Kuala Lumpur

Screenshot 2022 07 18 at 11.26.29 AM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.