in

Pempengaruh ‘Mukbang’ Yuka Kinoshita Umum Bersara Kerana Faktor Kesihatan & Umur

syaz ft 2025 02 10T165452.032

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mukbang merupakan satu jenis content fenomena dari Korea Selatan di mana seseorang makan makanan dalam jumlah yang besar di depan kamera sambil berbicara atau berinteraksi dengan penonton.

Antara ikon Mukbang terkenal dari Jepun ialah, Yuka Kinoshita yang sering memuat naik videonya makan dalam kuantiti besar serta menyertai pertandingan makan secara kompetitif namun masih mengekalkan rupa paras yang kurus dan comel.


Artikel berkaitan: YouTuber Mukbang Hilang Lebih 100kg Senyap-senyap Dalam Tempoh 2 Tahun

Artikel berkaitan Lepas Dikecam Teruk Ketiak Hitam, Influencer Mukbang Pakai Baju Senonoh Dipuji Netizen

Pun begitu, pempengaruh berusia 40 tahun itu mengumumkan dia sudah bersara dari pembikinan content Mukbang atas faktor kesihatan serta umur.

“Saya akan berusia 40 tahun pada 4 Februari dan sangat sukar bagi saya untuk terus bekerja sebagai pempengaruh makanan.

Saya keletihan. Kesihatan saya semakin merosot dari tahun ke tahun. Tidak ada masalah untuk makan seperti orang biasa, tetapi saya akan penat walaupun saya tidak kenyang.

“Jadi, saya takut saya tidak dapat makan sebanyak dulu,” katanya menerusi media sosial.

Kerjayanya bermula pada 2009 dalam rancangan realiti Jepun, The Battle of Big Eaters. Meskipun tidak memenangi pertandingan itu namun dia menarik perhatian kerana tubuh badannya yang ramping serta senyuman manisnya.

Yuka kemudiannya memulakan saluran dalam talian sendiri pada 2014, di mana dia berkongsi video makan dalam kuantiti yang sangat besar.

Pencapaian terbaiknya termasuk menghabiskan 600 ayam goreng, 100 burger serta 5kg stik dan ramen dalam satu hidangan.

Sumber: South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.