Kita berada dalam zaman yang segala buah fikiran boleh diterjemahkan hanya dengan satu klik di papan kekunci dan ianya memang cool. Pun begitu, ada sesetengah daripada pengguna ni terlupa yang kata-kata yang ditinggalkan boleh mempengaruhi seseorang.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh @mozi4real telah menghasilkan sebuah lagu yang bukan sahaja menarik perhatian dari segi melodi dan lirik yang catchy, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang pentingnya berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen atau berkongsi kandungan di platform.
@mozi4real “Biasa la tu toxic kat social media”, let’s stop this mentality. TikTok has launched the #ThinkTwice campaign to promote digital safety and make this platform a safe space for the whole community. Selalu #FikirDulu sebelum luahkan isi hati di ruangan komen. TikTok is a place to express your aunthenticity and creativity to the public, which means there will be times where people disagree with your opinion. Kalau tidak bersetuju dengan pandangan seseorang, kita boleh memberi constructive criticism untuk memberi semangat dan bukan untuk menjatuhkan seseorang. Always ThinkTwice before posting and TikTok will be a better place for everyone! #tiktokmalaysia #16baris #malaysia #fyp ♬ original sound – mozi4real
Bukan sahaja lagu tersebut diterima baik oleh pengguna lain dan meraih tontonan yang banyak, ia juga telah menggerakan beberapa lagi pencipta kandungan untuk menyampaikan mesej yang sama. Sebagai contoh, lagu tersebut turut digunakan oleh TikTok Creator of The Year, @yimotapir dan juga @wananimation yang turut menyebarkan nilai positif.
@yimotapir Let’s #ThinkTwice before we post and create a kinder, safer online space together. 🌟 Use this audio, join the movement, and spread kindness today! @tiktok_malaysia #ThinkTwice #FikirDulu #三思而后行 #முதலில்சிந்தியுங்கள் #DigitalLiteracy #OnlineSafety #InspireCreativityAndBringJoy ♬ original sound – mozi4real
@wananimation A little kindness goes a long way! Let’s #ThinkTwice and make the internet a safer, more supportive space for everyone. 💕 Use this audio, join the movement, and share your positivity today! @tiktok_malaysia #ThinkTwice #FikirDulu #三思而后行 #முதலில்சிந்தியுங்கள் #DigitalKindness #OnlineSafety #InspireCreativityAndBringJoy ♬ original sound – mozi4real
Dengan mesej yang jelas dan bertepatan dengan waktunya lagu #ThinkTwice ini bukan sekadar rancak, tetapi mempunyai maksud yang mendalam.
Bukan sekadar lagu, ada maksud yang tersirat!
Lagu #ThinkTwice ialah lagu inspirasi yang didedikasikan untuk memupuk dan menyokong ruang yang selamat dalam talian. Ia berfungsi sebagai peringatan bahawa semua orang memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pengguna dalam talian dan dalam masa yang sama mengingatkan bahawa kita semua harus bertanggungjawab apabila meninggalkan apa-apa komen atau memuat naik sebarang kandungan.
Mozi4real menjelaskan bahawa terdapat banyak komen negatif yang diterima dan digunakan sebagai motivasi untuk terus maju, beliau tidak menafikan bahawa sebahagian daripada komen tersebut amat menyakitkan hati dan telah memberikan pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata, terutamanya di platform awam.
Selain itu, Mozi4real terinspirasi dengan kempen #ThinkTwice ini apabila terjumpa beberapa pencipta kandungan lain yang turut menghasilkan kandungan yang mengajak pengguna lebih mesra dan tidak toksik kepada pengguna lain.
Ramai berikan semangat, setuju dengan isi lagu!
Sama seperti karya-karya lain, netizen turut meninggalkan banyak komen dan tidak dinafikan penghasilan lagu tersebut memberikan pengaruh positif.
Korang tahu kan #ThinkTwice ni bukan sekadar lagu?
Sebagai salah satu platform yang menjadi pilihan ramai, TikTok telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen #ThinkTwice yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan melibatkan diri secara langsung dengan komuniti untuk menghasilkan kandungan pendidikan mengenai Garis Panduan Komuniti dan ciri keselamatannya, seperti comment care dan fungsi Report.
Usaha ini juga mendapat kerjasama dari Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF), All Women’s Action Society (AWAM), dan Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) dalam memupuk interaksi yang lebih baik menerusi komuniti dalam talian.
Korang boleh mengetahui lebih lanjut tentang kempen tersebut dengan mencari hashtag #ThinkTwice pada aplikasi TikTok, di mana mereka akan menemui hab sumber yang luas yang menempatkan bahan dan kandungan pendidikan.
@tiktok_malaysia Your words matter, so #ThinkTwice before you type and post. Let’s uplift each other to keep our community safe and vibrant on TikTok. Join the movement by liking and sharing this video. #ThinkTwice #FikirDulu #三思而后行 #முதலில்சிந்தியுங்கள் #DigitalLiteracy #OnlineSafety #InspireCreativityAndBringJoy ♬ original sound – TikTok Malaysia
Korang juga boleh sertai kempen #ThinkTwice ini dengan menghasilkan rap sendiri, gunakan ‘sound’ yang dihasilkan atau kongsikan semula video yang dihasilkan oleh Mozi ini dalam usaha untuk sebarkan lagi kempen positif ini.