Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas Covid-19 dan banjir diberikan moratorium selama 3 bulan.
Bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, mereka boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan.
“Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021,”
Inis sekaligus memberikan kelegaan kepada peminjam yang terjejas akibat pandemik dan banjir yang melanda di beberapa buah negeri.
Beliau mengumumkan perkara itu dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Baca : Bantuan One Off RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah, Kereta Sewa & E Hailing &; PM