in

Pemindahan Kubur Di Klang: Anak Terkejut Lihat Jenazah Bapa Saudara Masih Elok, Kaki Bengkok Jadi Lurus

syaz ft 2025 01 08T165700.980

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, berlakunya proses penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Difahamkan, sebanyak 90 kubur bakal dialihkan sejauh 50 meter dari lokasi asal tanah perkuburan tersebut.


Artikel berkaitan: “Apa motif?” –  Wanita Makan Bunga Raya Atas Kubur Buat Netizen Bingung

Artikel berkaitan: “Itu kubur guru tarekat mereka” –  Penduduk Dakwa Sudah Lama Kumpulan Individu Amal Zikir Di Kubur

Satu penemuan ketika proses itu dijalankan mengejutkan waris jenazah yang disemadikan di situ apabila jenazah bapa saudaranya yang dipanggil ayah berada dalam keadaan yang sempurna.

cats 7

“Saya terkejut melihat gambar jenazah ayah (bapa saudara) masih elok, malah kakinya yang bengkok juga menjadi lurus,” kata Sofia Mohamad.

Sofia berkongsi bapa saudara yang dianggap seperti bapa kandungnya itu meninggal dunia akibat sakit tua pada Jun 2022 dengan keadaan kaki bengkok kerana terlalu lama terlantar dalam keadaan begitu.

Dia berkongsi dia tidak dapat masuk melihat proses pengalihan jenazah bapa saudaranya ke kawasan perkuburan baharu namun boleh memohon pekerja bertugas untuk merakam gambar semasa proses itu berlangsung.

“Semasa ayah sakit terlantar, dia selesa berbaring sambil lutut dibengkokkan menyebabkan kakinya menjadi keras sehingga hari dia meninggal dunia. Ustaz beritahu tak boleh buat apa kerana sudah keras dan ayah dikafankan saja begitu.

Tapi saya terkejut apabila pekerja berikan gambar jenazah dengan kakinya nampak lurus sedangkan sebelum ini ayah meninggal dunia tak dapat luruskan kaki.

Malah, pengurus jenazah itu juga beritahu saya jenazah ayah tidak reput dan masih elok. Dia siap dapat pegang kepala jenazah ayah semasa kerja pengalihan itu,” katanya.

Sofia turut berkongsi, dia bersyukur proses pengalihan jenazah bapa saudaranya itu berjalan lancar, malah terdapat waris lain memberitahu terhidu bau wangi semasa kerja pengalihan jenazah dilakukan sejak kelmarin.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.